Acik terkedu seketika. Bagaikan ada sesuatu tersekat di kerongkong. Apa yang harus Acik kata??
Sememangnya doa itu makbul hingga terus ke langit tujuh
tanpa ada perhentian seperti R&R Ayer Keroh yang sering Acik singgah tatkala pulang ke kampus UTM sewaktu ketika dahulu. Dalam kerendahan rasa hati, terima kasih di atas pemberian ini tatkala ramai lagi yang masih tiada hala tuju mahupun terpisah jauh dek Lautan China Selatan.
Namun, kejadian manusia; tentu mengharapkan yang difikirkan baik tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Justeru itu, pilihan pertama adalah yang terbaik
(Pak cik Acik berkata, mahu tukar ke sekolah mana?? Haruskah Acik mengambil peluang ini??
)
Suatu waktu dahulu, Acik juga tidak tahu kemana harus pergi sesudah SPM. Lantas pilihan pertama menjadi kenyataan.
Sejurus itu, ke mana harus pergi sesudah matrik. Pilihan pertama juga jadi realiti.
Kini, hal yang sama bukan lagi angan-angan.
Ia kehidupan yang perlu ditempuhi. Sememangnya nasihat mereka yang lebih berusia wajar diambil tauladan kerana mereka tentu tidak mahu kesusahan mereka menjadi kemelaratan kita. Sekali lagi Acik bersyukur.
SMK Rantau Panjang, Klang. Dalam benci tapi redha, Acik akan mampir kesana tanggal 26Oktober09. Bukan sebagai pelajar, malahan guru yang memikul tanggungjawab anak bangsa. Sekolah yang hanya 10minit dari rumah Acik ini merupakan sekolah yang tersangat lalu hampir dengan rumah dan doa Acik bukan di sini. Apakan daya, doa mereka terus ke langit tujuh.
Kuatkan hati dan semangat menghadapi kaum keluarga dan sanak saudara di sana. Mari doakan untuk Acik, agar doa2 kamu juga terus ke langit tujuh.Amin.
episod 19: doa mereka terus ke langit 7 (episod terakhir)
Published at 8:17 PM in ceritera
episod 18: Siapa kata?
Published at 5:39 AM in ceritera
Siapa kata Penantian bukan satu penyeksaan? Acik bantah sekeras2nya
kerana hakikatnya menanti memang memeritkan
dan tambah sakit
jika apa yang dinanti tak kunjung2 tiba atau membawa perkhabaran duka.
Oh, tambah kecewa!!
Namun, Acik juga sedar, bukan semua yang Acik kehendaki akan Acik perolehi lantaran realitinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Acik sementalahan diberikan ujian sebegitu.
Menanti itulah yang Acik lalui hampir 5bulan bergelar si penganggur~
Siapa kata Jadi guru itu mudah?? Sekali lagi Acik berdiri tegak bagaikan laksamana di medan debat menafikan patah2 perkataan berkenaan.
Mentaliti lapuk dan kolot ini perlu diubah! Menyoroti liku perjalanan sebagai graduan pendidikan, Acik antara manusia2 yang sebenarnya bertuah dipilih berada dalam kelompok ini.
Untuk menempatkan diri dalam kelompok mahasiswa pendidikan juga telah menjadi cabaran yang maha dasyat
bagi sesetengah orang walaupun berbekalkan keputusan yang cemerlang.
Menyingkap pengalaman, seorang anak teruna yang menjadi pelajar cemerlang di politeknik dengan anugerah yang macam2 terpaksa merayu untuk berada di dalam kelompok ini belum lagi dikira ratusan pelajar dengan CGPA dekan yang gagal berada di sini.
Jalan berliku ini berterusan semasa memohon biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengukuhkan tempat seterusnya menjamin hari muka dengan profesian perguruan. Ramai lagi kecundang apabila ujian bertulis dan temuduga umpama tembok besar yang payah ditembusi.
Graduasi dengan ijazah dalam bidang ini tidak lagi menjamin Acik dapat mengisi kekosongan yang dikatakan banyak. Ujian dan temuduga sekali lagi menjadi penghalang. Gagal
tiada ihsan untuk kamu berada di dalam ruang ini.
Dugaan menjadi pendidik lebih hebat lagi. Melayani karenah pelajar, pentadbiran, rakan sejawat juga ibubapa. Tanyalah mana2 guru yang telah berkecimpung dalam bidang ini sekian lama. Jawapan yang diberikan tetap sama seperti apa yang Acik fikirkan; bukan mudah menjadi guru
p/s: Tribute untuk rakan2 seperjuangan yang tewas di medan pertempuran. Aku tahu ia sukar diterima dan diterjemah akal dengan waras namun percayalah, ada hikmah di sebaliknya.
TAHNIAH!! Untuk mereka yang berjaya ditempatkan di Melaka, Sabah dan Johor. Selamat menjadi guru yang berwibawa~
episod 17: bahasa jiwa bangsa
Published at 1:12 AM in ceritera
Oh..badan Acik sengal2 dan lenguh2 gara2 menjadi wanita terakhir di dalam rumah ini yang masih bergelar dara (mak2 dara sibuk menguruskan anak2 dara masing2). Penat sendi2, tegang lagi urat2, berselirat saraf2, sakit juga tulang belulang. Seharian membanting tulang empat kerat, mengerah peluh dan keringat memasak lauk pauk berbuka
juga mendidik anak2 bahasa ibunda tercinta.
Elma: "Cik, ni apa?"
Acik: "Eki iwak"
Elma: "Eee..wak"
Acik: "Pandainya!!"
Menjadi tradisi keluarga kami menyediakan lauk2 berbuka dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada saudara mara dan jiran tetangga. Kami yang terdiri daripada 2kakak, 1abang,
1kakak ipar,
2abang ipar,
1adik lelaki,
5anak saudara perempuan, 1mak
dan 1abah
(2abang tiada di sisi: 1 di Banting, 1 di Syria) berkumpul dan rewang untuk menyiapkan juadah berkenaan sedari hari Sabtu. Monjong merupakan gelaran kepada pemberian lauk pauk kepada insan2 yang dekat dengan keluarga Acik. Apa yang Acik tahu, masyarakat Jawa mengamalkan budaya ini lantaran rakan2 Acik yang juga orang Jawa Johor juga monjong kepada saudara mara mereka.
Juadah monjong dari pihak keluarga perempuan iaitu Acik merupakan nasi impit berserta ayam kicap (nyumnyum) ditambah kuah kacang bersama ikan bawal dimasak sambal (enak banget). Tidak lengkap dengan kuah lodeh.
Sebagai pencuci mulut,
puding juga turut disediakan. Lauk pauk ini disediakan untuk kira2 50buah keluarga dan perlu dihantar sebelum bang Maghrib berkumandang.
Monjong paling jauh dalam sejarah keluarga Acik adalah ke Bangi, di selatan Selangor. Oh, memang jauh!!
Menjelang petang Ahad, saat azan Asar kedengaran; alhamdulillah berkat2 ini selamat sampai ke destinasi masing2. Selamat berbuka kepada sekelian muslimin dan muslimat serata dunia walaupun tanpa berkat dari rumah Acik yea~
Acik: "Taknak, Elma..pedas!"
Elma: "Acik, ni ape?"
Acik: "Ni Lombok"
Elma: "Lo..bok"
p/s: kamus BJawa -BMelayu
Ewak : Ikan
Monjong : Lauk pauk yang diberikan kepada orang lain terutamanya saudara mara sempena bulan Ramadhan&Syawal
Rewang : Bergotong royong menyiapkan lauk pauk diselang seli dengan gurau senda dan tawa riang
Berkat : Bungkusan makanan berisi lauk pauk
Lombok : Cili
Lobok : Terlalu besar, tidak muat dipakai