9

episod 13: nilai sekeping kertas

Published at 11:21 PM in

"Good morning!!"
Hari baru di bulan Ogos di tempat asing, Melaka. Acik bangun seawal jam 6.15pagi bersama alunan ayat suci alQuran di kediaman Annisa. Terus bergegas ke bilik air mengambil wudhuk, solat subuh dan mandi untuk bersiap2 ke PKG Kg Gelam, Melaka. Hari yang ditunggu telah tiba. Sebelum bertolak, Acik bersalaman dengan ibu Annisa dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka sekeluarga membenarkan Acik bermalam di rumah berkenaan . Sesudah selesai ujian INSAK nanti, Acik akan pulang semula ke Klang bersama abang yang kebetulan mempunyai urusan di Melaka. Berbekalkan buah tangan ole2 dari Melaka, Acik melambaikan tangan pada ibu Annisa di muka pintu kereta.Tata~!

Sampai di PKG berkenan, jam menunjukkan pukul 7.50pagi. Orang ramai yang terdiri daripada bakal guru dan kaum keluarga yang rata2 dari Selangor berpusu2 memasuki kawasan berkenaan. Sesudah mendaftarkan diri, kami ditempatkan di sebuah bilik untuk diberi taklimat proses yang akan dijalani seterusnya.

Arahan pertama dari pegawai yang bertugas.
"Siapa yang bukan dari graduan pendidikan, sila keluar"
Arahan kedua.
"Siapa yang belum konvo dan tidak memiliki surat pengesahan senat, sila keluar"

OH! Jantung Acik terus berdegup laju namun berjaya disembunyikan dari riak wajah dan suara yang tidak sihat gara2 selesema dan batuk . Terus Acik bangkit dari kerusi dan menghampiri pegawai yang bertugas bertanyakan beberapa soalan berkenaan dokumen2 yang Acik bawa. Acik pandang Annisa yang juga pucat mukanya . Pegawai berkenaan meneliti kesemua dokumen yang Acik bawa tetapi tidak ada satu pun yang dapat Acik gunapakai bagi menggantikan surat berkenaan.


Arahan ketiga.

"Semua dokumen ini tidak boleh awak gunakan untuk temuduga hari ini. Saya tidak boleh buat apa2 melainkan awak bawa surat berkenaan esok. Jangan risau, esok kita ada lagi di sini"
Acik kelu. "Baik, terima kasih"

Acik melangkah pergi meninggalkan Annisa sendirian menghadapi hari itu kerana dokumen yang dibawanya diterima pegawai berkenaan. Apakah surat pengesahan senat??

Acik keluar dari dewan. Menghubungi abang Acik yang katanya ke Melaka. Jam 8.30pagi, beliau masih berada di rumah di Kota Damansara. OH! Apa yang harus Acik lakukan?? Sekiranya tidak mengambil ujian ini, Acik perlu menghadirinya kembali pada sesi akan datang. Bulan OKTOBER nanti! Surat itu perlu Acik dapatkan segera!

Duduk sendirian di bangku, menelefon rakan2 di UTM memohon bantuan segera sehinggakan telefon bimbit Acik kehabisan bateri (charge semula dengan bantuan pegawai PKG di situ. Terima kaseh daun keladi!). Sekeping kertas itu harus sampai ke Melaka sebelum Jumaat. Bagaimana??

Cara 1:
Acik: "Encik, boleh tak saya minta fakulti faks kan saja ke sini?"

En B: "Tak boleh! Saya mahu yang original!"

Acik: "Saya sertakan surat pengesahan dari fakulti pun tak boleh ke? Jauh saya nak ke Skudai ni.."

Jawapan En B tetap sama dan Acik kecewa.


Cara 2:
Acik: "En R, boleh ke datang ke Melaka? Bawa surat pengesahan Acik?"
Mr R: "Melaka? Bila nak tuh?"
Acik: "Hari ni juga~"

Mr R: "Insyallah. Pas zuhur nanti gerak yea"
Hati Acik berbunga riang.

Akhirnya jam 6.30petang, sehelai kertas bertajuk SURAT PENGESAHAN SENAT tiba juga ke kediaman Annisa yang mana Acik kembali semula ke sana setelah Annisa selesai menjalani temuduga dan Acik tidak tahu apa yang harus dilakukan selain menunggu beliau. OH! Hari yang memalukan dan sangat lucu!

p/s: Terima kasih Acik ucapkan kepada mereka berikut: En Y (yang cool dan tak marah2 macam En B), Kak Kerani1 (yang tulung mintakkan tulung untuk cas enset), En PKG1 (yang tulung carik chrager enset), En PKG2 (yang tulung fotostat dan sahkan fotostat), Kak Wahida (yang teman Ain g ofis fakulti), Ain (yang mintak surat dari Encik Asram), Wana (yang bagi SMS banyak2 sampai abes bateri), En Asram (yang sediakan surat pengesahan senat yang tak sampai ke rumah), Kak Kerani2 (yang bagi no telefon direct En Asram), Annisa, Yan & ibubapanya (yang bagi tido rumah mereka) dan istimewa
Mr R (yang datang dari Johor walaupun penat dan banyak keje demi sekeping kertas)
p/s: Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.

5

episod 12: trip to Melaka

Published at 10:29 PM in

Sibuk rakan-rakan Acik bercerita tentang temuduga yang ceritanya masih panas walaupun telah 3 minggu berlalu. Apabila mengingatinya, Acik terasa lucu dan ketawa sendirian. Persiapan Acik untuk menghadiri temuduga tidaklah sehebat mana lantaran Acik sebenarnya tidak layak untuk ditemuduga oleh panel2 yang terdiri daripada pengetua2 cemerlang dari serata Malaysia. Tuah badan sebagai pemegang biasiswa KPM menjadikan Acik calon yang tidak layak. oH!

Surat temuduga Acik terima lewat petang Selasa. Acik bakal bertolak ke negeri bersejarah, Melaka keesokan harinya menumpang di rumah rakan bernama Annisa yang bermastautin di sana sejak kelahirannya. Berbekalkan segala dokumen yang Acik miliki, Acik bertolak ke Melaka menaiki bas kira2 jam 1.10petang. Menunggu sendirian di Klang Sentral seawal jam 11.30pagi tidak mematahkan semangat Acik yang sedia berkobar2 untuk memikul misi menjadi guru cemerlang lagi terbilang. yeah!

Dugaan diteruskan dengan keadaan bumbung bas yang bocor akibat hujan lebat tepat2 di atas kepala Acik menyebabkan Acik yang keletihan tertidur, terjaga. Tidak senang dengan keadaan itu, Acik bergegas pindah ke mana kerusi yang kosong, kira2 selangkah dari tempat duduk Acik. Perjalanan semakin mencabar tatkala tiba di Melaka Sentral yang buat julung2 kalinya kaki Acik ini melangkah. Tidak tahu di mana letaknya kedai gambar bagi menghasilkan gambar pasport (gambar nih lagi cumil dari gambar sijil kursus kawen. huh ). Sementalahan kaki telah penat berpusing satu Melaka Sentral juga penat bertanyakan orang. Akhirnya, berjaya juga ketemu.yeah!

Melaka Sentral

Episod malang berterusan lagi malam itu. Semasa menyediakan dokumen2 (sume dokuman yang ada dibawa bersama) malam itu di rumah Annisa, persoalan pertama timbul, "Apakah rupanya surat pengesahan senat?". Jawapan yang Acik dan Annisa tidak ketahui lantaran kami berdua tidak pernah melihat apatah lagi memegang surat berkenaan. Dokumen penting yang perlu bagi menjayakan hari esok. Berbekalkan tawakkal kepada Allah, kami tidur malam itu dengan harapan sinar pagi akan cerah.

22

episod 11: bulan gembira.yey~!

Published at 1:16 AM in


Ogos menjelma sudah. Masuk bulan keempat Acik menjadi penunggu setia rumah ini. Kali ini hidup kian terisi dengan esak tangis si cumil, Amila Sofia. Ogos yang datang juga membawa warna-warna gembira menjadikan suasana kehidupan kian berseri dan ceria.

Acik memulakan hari pertama di bulan Ogos dengan menerima upah tidak seberapa hasil kelas tusyen kepada anak2 buah seramai 6 orang. Alhamdulillah~ Tambah ceria, ada juga habuan berkat kesabaran menjaga Aleya yang semakin lincah dan aktif. Alhamdulillah~ OH..ada lagi berita gembira, menerima sepucuk surat panggilan temuduga yang bakal dihadapi tak lama lagi. Gembiranya hati!! Tanda ceritera ini bakal berpenghujung tak lama lagi. Oh!

Acik puas hari ini. Walaupun tidak dapat bekerja di mana2 syarikat apatah lagi mana2 company, Acik ternyata mampu menjana pendapatan sendiri. Untung lagi, tidak perlu mengusutkan fikiran dengan kesesakan lalulintas ke tempat kerja
, duet poket untuk breakfast dan lunch apatah lagi tol dan minyak! Ada hikmah semua kejadian dan Acik bersyukur dengannya. Alhamdulillah~. Mari menyanyi lagu Alhamdullillah by Too Phat.