1

episod 7: sakit kedua sakit

Published at 10:48 AM in

alhamdulillah~ Itulah ucapan pertama yang keluar dari bibir Acik tatkala mendapat berita gembira itu. Mama selamat melahirkan anak kedua, tentunya secara NORMAL!! Setelah berhempas pulas mengerah tenaga dan kudrat yang ade, bayi perempuan seberat 3kg berjaya dikeluarkan tanpa sebarang komplikasi serta masalah. Sebagai adik, tanggungjawab baru sedang bermula sekembalinya Mama ke rumah nanti.

Kronologi kelahiran anak2 Mama panjang ceritanya.


Jan 2008:

Aleya dilahirkan menerusi tingkap kerana kedudukan Aleya yang songsang. Dr berusaha untuk mengeluarkan Aleya secara normal dengan memaksa Aleya berpusing. ouch~! Namun, Aleya hanya mampu bergerak sehingga di pertengahan jalan dan enggan berusaha lagi memaksa Dr membedah perut Mama, khuatir Aleya telah membuang air besar dan menelan najisnya sendiri.


Nov 2008:
Mama disahkan mengandung anak kedua. Sebenarnya Mama masih lagik tidak bersedia lantaran Aleya yang masih kecil dan luka pembedahan yang masih baru. Tarikh jangkaan kelahiran adalah 17 Julai 2009.


11 Julai 2009:
Mama pulang ke kampung di Bangi. Namun, disebabkan kesakitan yang amat sangat, Mama dimasukkan ke hospital tetapi bukaan Mama masih lagi 1cm. Dr menasihatkan Mama supaya banyakkan berjalan bagi memudahkan proses kelahiran.


12 Julai 2009:
Mak, Acik, Abg Aedo serta family Cik Ah melawat Mama di hospital Kajang. Masih tiada perubahan. Mak memberikan air rebusan akar Kacip Fatimah yang Acik faham mampu memudahkan proses kelahiran. Mak risau sekiranya Mama dibedah untuk kali kedua. Kesan jangka panjang, Mama mungkin hanya mampu mengandung sekali sahaja lagi. Kekhuatiran Mak juga berasas kerana luka pembedahan Mama baru cukup setahun. Risau jika pembedahan berlaku, luka akan menjadi teruk.


13 Julai 2009:
Menjelang tengahari, bukaan menjadi 3cm. Darah telah keluar dan bila malam tiba, air ketuban telah pecah.


14 Julai 2009:
Tepat jam 2 pagi, Mama berjaya melahirkan anak secara NORMAL. alhamdulillah~

0

episod 6: Umrah & Ziarah

Published at 11:58 PM in

2 minggu berlalu kini. Mak abah kembali sudah ke tanah tumpah darah, Malaysia setelah mengerjakan umrah dengan menziarahi Makam Rasulullah dan beribadat di Mekkah sepuasnya. Suhu di sana mencecah 49'C ketika musim panas sedang melanda mengakibatkan abah kembali tanpa suara. Batuk yang keras lagi kasar akibat habuk padang pasir serta bumi Mekah yang sedang dalam pembagunan infrastruktur memaksa abah dan mak kembali dalam keadaan tidak sehat. Kakak Acik dan abang ipar yang ikut bersama juga begitu. owh~ Segeralah sembuh hendakye

Dalam pada itu, buah tangan dari bumi Anbiya maseh sempat dibeli. Ole2 ntok kami sekeluarga yang tidak berkesempatan ke sana. Acik mendapat sepersalinan jubah berserta selendang. oh~ Ini adalah pakaian Acik sewaktu di asrama dulu tatkala malas untuk mengenakan baju kurung sewaktu prep. Akan tetapi, Acik tidak la gemar memakai selendang lantaran muka Acik yang bulat akan jelas lebey bulat jika Acik memakainya. Hari2 berlalu, Acik cube juga mengenakan selendang ke kepala. Hasilnya, 2 jenis lilitan berjaya Acik pelajari. yey!! macam mane agakye rupe Acik ek??berseri2 kot

Ketiadaan Ibu a.k.a kakak dan Abah a.k.a abg ipar menyebabkan Acik tidak ketemu Elma serta Elmish. Rindunya pada kamu!! Ketika Acik menziarahi mereka lewat beberapa hari yang lalu, jelas mereka semakin kurus ditambah demam rindu pada Ibu dan Abah mereka. kasihan~

Cerita Ibu, Elma seringkali memanggil adiknya bila malam menjelma menyebabkan lenanya terganggu, makannya juga kurang lantaran rindukan adiknya yang dijaga orang laen. Paginya memanggil2 Ayah dan Ibu, mencari2 tetapi tidak ketemu. oh~ Anak kecil itu juga punya rasa rindu. Kini, setelah Ibu dan Ayah kembali, ke mana sahaja langkah kaki, Elma tetap rapat mengekori. Khuatir ditinggal lagi.