3

tahniah! selamat berbakti ya!~

Published at 8:22 PM in

Bulan Disember menjelma sudah. Siapa sangka sebulan sudah aku memulakan kerjaya dengan mudah dan bersenang lenangnya. Minggu-minggu terakhir di sekolah selama seminggu aku memang makan gaji buta betul. Patutlah KPM berniat mengambil pengawai perkhidmatan pendidikan menerusi saringan yang maha ketat lantas untuk mengelakkan kami ini duduk goyang kaki di meja guru sampai penat. oh! i got it~

30 november 2009 tarikh yang aku harus ingati sampai mati. Hoyeah!! Struktur kewangan aku officially
perlu dirangka. Ramai orang yang sedar, makna di sebalik gaji pertama dengan harapan wang yang masuk dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat. Di sini juga, aku ingin menggucapkan tahniah dan syabas yang tidak terkira banyaknya kepada kakak kerani iaitu kak Sham dan kak Sue kerana telah menguruskan urusan gaji aku dengan begitu sempurna sekali tanpa ada apa-apa masalah yang rumit lagi mengedikkan.

oh! masyarakat rata-rata beranggapan bahawa guru-guru yang baru ditempatkan memerlukan sehingga 3 bulan (kebias
aannya. ada juga sampai 6 bulan) untuk menunggu gaji pertama mereka. Akan tetapi, berkat kerajinan dan hemat bekerja yang tinggi, spekulasi dan omangan ini (alhamdulillah) tidaklah berlaku di sekolah aku ditempatkan. Sekali lagi, Tahniah dan Syabas, kakak sekalian!!


katakan sayang kepada duit a.k.a wang! yey!!

Imbuhan aku mungkin tidak sebesar mana tetapi aku bersyukur seadanya. ingin sekali berkongsi rezeki Allah ini dengan semua yang aku kenal dan sayang tetapi apakan daya, "jangan pernah minta saya belanje okeh~ hahaha *hari yang gembira*"

7

menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena

Published at 7:16 PM in

Adoi! Terkesima sekejap melihat "rumah" yang sunyi lagi sepi ini. Sibuk bukan alasan tetapi kekangan waktu melunturkan semangat untuk menjalin sayang dalam "rumah" ini. Speninggalan mencari rezeki demi kesenangan masa depan dan fitrah manusia yang sebegitu. Maka, lengkap sudah 2 minggu bergelar guru baru dengan gred DC41 merujuk kepada guru sandaran siswazah terlatih. Sabar kalian! Aku masih tiada gaji dan masih tidak tetap menjawat jawatan guru.

Seperti biasa, "Saya yang menurut perintah!" menjadi igauan siapa-siapa yang bergelar penjawat awam. Bunyinya seperti aku dirasuk satu kuasa ghaib yang meminta aku sentiasa tunduk terhadap perintah dan kebesaran itu. Oh! Ia hanya bukti agar aku sentiasa cekal mendidik dan menjadi agen membina modal insan negara. Produktif sungguh jawatan aku hari ini.

Rata-rata, aku ketemu kaum keluarga seperti yang aku canangkan sebelum ini. Jiran, anak buah dan muka-muka bersih yang tidak mahu menunjukkan belang tatkala khuatir laporan akan segera sampai ke rumah mereka tentunya dari aku! Namun, di sudut hati paling dalam pernah aku ada, simpati menerjah, kasihan menyelinap melihat naka-anak kampungku bagaikan tiada panduan untuk meneruskan hidup lantaran dibelengu motivasi yang rendah juga kemalasan belajar dan menelaah.


Aku sedih melihat mereka. Tidakkah mereka sedih memandang diri sendiri??

SPM yang bakal menjelang tak lama lagi hanya tiket untuk merdeka walhal kredit dalam Bahasa Melayu itu perlu demi sekeping kertas bernama sijil SPM. Aku memasuki kelas 5K3 yang merupakan kelas terakhir di sekolah aku. Tiada minat untuk mendengar celotoh aku bercerita hal motivasi dan masa depan apatah lagi melihat ke papan tulis yang penuh dengan tulisan aku yang serba meriah. Aku sedih sendiri melihat mereka tertidur mendengarkan suara merdu aku. Mereka hanya tahu melelapkan mata dan bergosip dalam bahasa yang aku sendiri tidak mengerti. Oh! Adakah aku bukan guru yang membekas dalam sanubari mereka?

7

episod 19: doa mereka terus ke langit 7 (episod terakhir)

Published at 8:17 PM in

Acik terkedu seketika. Bagaikan ada sesuatu tersekat di kerongkong. Apa yang harus Acik kata?? Sememangnya doa itu makbul hingga terus ke langit tujuh tanpa ada perhentian seperti R&R Ayer Keroh yang sering Acik singgah tatkala pulang ke kampus UTM sewaktu ketika dahulu. Dalam kerendahan rasa hati, terima kasih di atas pemberian ini tatkala ramai lagi yang masih tiada hala tuju mahupun terpisah jauh dek Lautan China Selatan. Namun, kejadian manusia; tentu mengharapkan yang difikirkan baik tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Justeru itu, pilihan pertama adalah yang terbaik(Pak cik Acik berkata, mahu tukar ke sekolah mana?? Haruskah Acik mengambil peluang ini?? )

Suatu waktu dahulu, Acik juga tidak tahu kemana harus pergi sesudah SPM. Lantas pilihan pertama menjadi kenyataan. Sejurus itu, ke mana harus pergi sesudah matrik. Pilihan pertama juga jadi realiti.
Kini, hal yang sama bukan lagi angan-angan. Ia kehidupan yang perlu ditempuhi. Sememangnya nasihat mereka yang lebih berusia wajar diambil tauladan kerana mereka tentu tidak mahu kesusahan mereka menjadi kemelaratan kita. Sekali lagi Acik bersyukur.

SMK Rantau Panjang, Klang. Dalam benci tapi redha, Acik akan mampir kesana tanggal 26Oktober09. Bukan sebagai pelajar, malahan guru yang memikul tanggungjawab anak bangsa. Sekolah yang hanya 10minit dari rumah Acik ini merupakan sekolah yang tersangat lalu hampir dengan rumah dan doa Acik bukan di sini. Apakan daya, doa mereka terus ke langit tujuh.

Kuatkan hati dan semangat menghadapi kaum keluarga dan sanak saudara di sana. Mari doakan untuk Acik, agar doa2 kamu juga terus ke langit tujuh.Amin.

5

HOT & cOol

Published at 2:46 PM in

Mungkin suria terlampau HOT semalam sampaikan kerap benar aku mendengar kata2 HOT keluar dari mulut ramai orang. Oleh kerana HOT jugalah, abah yang kini semakin kerap minum air cOol pula. Sekarang, ramai pula HOT lantaran intipati entri macam buat2 cOol pula. oh!! cOol semua~ Aku cuba nak membawa kamu2 sekalian menilai apa yang ada disebalik perkataan HOT dan cOol.

Soalan 1:
Jika ada orang kata begini kepada kamu, apa yang kamu faham??
Wah! Awak kelihatan HOT!?

Jawapan:
A.

Kamu kelihatan seksi/tampan tahap dewa kerana mempunyai bentuk tubuh yang mengancam disebabkan pil pelangsingan badan/ memakan telur mentah 4biji setiap hari.
B.

Kamu dihujani peluh dek kepanasan melampau terik matahari kerana hujan tidak turun hampir setahun.
C.

Riak wajah kamu kemerah2an kerana menahan amarah lantaran duit hutang yang kawan kepada kawan kamu pinjam masih tidak djelaskan dan tertunggak hampir 5bulan.
D.

Orang yang berkata demikian memerli kamu dengan kata2 yang pedas lagi menyakitkan hinggakan kamu menangis dengan kuatnya.
E.
Tiada di atas kerana HOT adalah perkataan berbahasa Inggeris yang kamu tidak tahu maksudnya.
Maka, kamu tidak pernah menggunakannya dalam perbualan sehari2an.




Soalan 2:
Jika ada orang kata begini kepada kamu, apa yang kamu faham??
cOol betol la awak ni!!

Jawapan:
A.

Suhu badan kamu di bawah takat beku iaitu -5'C disebabkan keseimbangan terma terhadap persekitaran kamu di Greenland, Alaska.
B.

Kamu seorang yang ramah/ mesra terhadap sekeliling berupa kaum keluarga, sahabat handai dan haiwan ternakan berupa katak dan mengkarung.
C.

Kamu diam membisu seribu bahasa apabila kawan kepada sepupu kamu mengatakan kamu sangat kolot dengan rambut ditocang kiri dan kanan kemudian dililit seterusnya diikat kemas diatas kepala.
D.

Orang yang berkata demikian memuji kamu dengan kata2 sinis kerana kamu sanggup menyanyi lagu "Aku Cinta Kepadamu" (Siti Nurhaliza) di hadapan secret admire kamu walaupun suara kamu sumbang tahap hujan turun tak berenti selama 7hari 7malam.
E.
cOol
Kamu tida
k pernah jumpa perkataan ini sepanjang kamu hidup di muka bumi.