7

menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena

Published at 7:16 PM in

Adoi! Terkesima sekejap melihat "rumah" yang sunyi lagi sepi ini. Sibuk bukan alasan tetapi kekangan waktu melunturkan semangat untuk menjalin sayang dalam "rumah" ini. Speninggalan mencari rezeki demi kesenangan masa depan dan fitrah manusia yang sebegitu. Maka, lengkap sudah 2 minggu bergelar guru baru dengan gred DC41 merujuk kepada guru sandaran siswazah terlatih. Sabar kalian! Aku masih tiada gaji dan masih tidak tetap menjawat jawatan guru.

Seperti biasa, "Saya yang menurut perintah!" menjadi igauan siapa-siapa yang bergelar penjawat awam. Bunyinya seperti aku dirasuk satu kuasa ghaib yang meminta aku sentiasa tunduk terhadap perintah dan kebesaran itu. Oh! Ia hanya bukti agar aku sentiasa cekal mendidik dan menjadi agen membina modal insan negara. Produktif sungguh jawatan aku hari ini.

Rata-rata, aku ketemu kaum keluarga seperti yang aku canangkan sebelum ini. Jiran, anak buah dan muka-muka bersih yang tidak mahu menunjukkan belang tatkala khuatir laporan akan segera sampai ke rumah mereka tentunya dari aku! Namun, di sudut hati paling dalam pernah aku ada, simpati menerjah, kasihan menyelinap melihat naka-anak kampungku bagaikan tiada panduan untuk meneruskan hidup lantaran dibelengu motivasi yang rendah juga kemalasan belajar dan menelaah.


Aku sedih melihat mereka. Tidakkah mereka sedih memandang diri sendiri??

SPM yang bakal menjelang tak lama lagi hanya tiket untuk merdeka walhal kredit dalam Bahasa Melayu itu perlu demi sekeping kertas bernama sijil SPM. Aku memasuki kelas 5K3 yang merupakan kelas terakhir di sekolah aku. Tiada minat untuk mendengar celotoh aku bercerita hal motivasi dan masa depan apatah lagi melihat ke papan tulis yang penuh dengan tulisan aku yang serba meriah. Aku sedih sendiri melihat mereka tertidur mendengarkan suara merdu aku. Mereka hanya tahu melelapkan mata dan bergosip dalam bahasa yang aku sendiri tidak mengerti. Oh! Adakah aku bukan guru yang membekas dalam sanubari mereka?