1

kembali ke sekolah bersama cikgu jelita yang baek hati (◕‿◕✿)

Published at 9:47 PM in


Sudah!! Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu terakhir yang aku fikir mahu menghabiskan sisa-sisa percutian dengan melancong, tamat sudah *sila menyesal sekarang* oh~ Hari-hari terakhir tahun 2009 diisi dengan masa ke sekolah sepanjang masa. Bukan sebagai guru yang menyelaraskan skrip-skrip jawapan SPM, okei~d|-_-|b

Sebagai guru yang berdedikasai dan berhati cekal, aku menghadiri mesyuarat yang tak sudah-sudah banyaknya. Mesyuarat Pengurusan 2010, Mesyuarat Guru 2010, Mesyuarat Kurikulum 2010, Mesyuarat Kokurikulum 2010, Mesyuarat HEM 2010, Mesyuarat Kelab Guru 2010, Mesyuarat Pendaftaran Tingkatan 1 & Mesyuarat Keibubapaan, Mesyuarat Panitia dan entah apa lagi mesyuarat yang bila dihitung, mengambil masa 4 hari untuk disudahkan

Setelah dihitung-hitung, aku mengajar sesi petang untuk anak didik yang cumil-cumil tentu saja mendapat guru yang jelita seperti aku. Hoyeah!! Matematik *1Luhur, 1Harmoni, 2Jujur, 2Kreatif*, Sejarah *2Ikhlas, 2Berusaha* dan PJK *2Amanah,2Berusaha* adalah subjek yang bakal aku sampaikan dengan berhemahnya. Jika mengikut kalkulator saintifik aku, aku bakal mengajar untuk 28masa dalam seminggu *selalunya dalam 25masa*
(╥_╥)

oh~ Tanggungjawab lain bakal dipikul juga tetapi sudah pasti tidaklah seperti rakan-rakan aku yang majoriti ditimpa-timpa dengan beban tugas yang banyak. 3 tanggungjawab berkenaan merupakan guru tingkatan 1 Luhur *musti cumil-cumil macam aku haha*, guru pembimbing Kadet Remaja Sekolah *berganding bahu bersama abang ipar aku haha *ketawa sekali lagi** juga pembantu pengurus headcount.

Semoga aku berjaya dengan cemerlang ya!! ٩(-̮̮̃•̃)۶ terus dapat jadik cikgu cemerlang. Hoyeah!!

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

1 Response to kembali ke sekolah bersama cikgu jelita yang baek hati (◕‿◕✿)

December 30, 2009 at 1:38 AM

mari menyanyi lagu "Kami Guru Malaysia"....
owh...lupe lirik plaks...
:P