9

secret of malam 7likur

Published at 11:27 PM in

Malam ni semasa dalam perjalanan ke masjid untuk solat trawih berimamkan abang sendiri, aku tiba2 bertanya kepada abah yang memandu kereta

Acik: Abah, apa malam 7 likur tuh?
Abah: malam ke 27 Ramadhan.
Acik: Eh? apa istimewanya malam 27?
Abah: Orang dulu2 kate, malam LailatulQadar tuh 27 Ramadhan.
Acik: Macam tuh pulak Bukan 10 malam terakhir pada hari2 yang ganjil baru ada kebarangkalian malam LailatulQadar ke? Dah tuh, apa kaitan dengan pasang pelita pulak?
Abah: Ala..orang dulu2 kan percayanya gitu. Pasang pelita tuh sebagai tanda senang nak pergi masjid. Dulu2 mana ada lampu macam sekarang, jalan nak pergi masjid tak nampak..sebab tuh la pasang pelita.
Acik: Oh..macam tuh.

Abah: bercerita seterusnya mengenai cara2 membuat pelita menggunakan tin susu+pipit basikal+tali guni. Juga bagaimana orang dulu2 berlumba2 rumah siapa paling banyak pasang pelita


Sungguh! Aku baru tahu kenapa ada malam yang dipanggil 7 likur. Bak kata Wana, "nasib baik tahu sebelum grad". Tapi aku tahu selepas grad. Macam mana nih??

p/s: Ramadhan kali ini menurut seorang ustaz, LailatulQadar jatuh pada malam 23. Orang dulu2 punya la bersusah2 nak ke masjid untuk trawih lagi2 di akhir Ramadhan, kita sekarang nih macam mana?? Renung2kan dan selamat beramal~

2

menjejaki baki dan saki

Published at 5:51 AM in

Nuzul alQuran berlalu pergi. Lailatulqadar bakal menanti. Sejauh mana amalan diri, dipertingkatkan atau masih di tahap tidak berganti??

Rugilah manusia yang apabila Ramadhan datang dan pergi, dia masih tidak mendapat keampunan Allah.

Melewati fasa kedua Ramadhan, aku mengingatkan
diri sendiri yang juga sering lupa untuk menagih seberapa banyak keampunan dariNya. Sementalahan fasa ketiga bakal menjelma yang memberi ruang dan kesempatan kepada manusia untuk melepaskan diri dari seksa neraka. Lebih dasyat lagi, Lailatulqadar yang bakal menampakkan diri dalam 10baki Ramadhan perlu direbut dan diteliti agar tidak lepas seperti tahun2 sebelum ini.

Rejab, bulan Allah. Syaban bulan Rasullullah dan Ramadhan bulan yang diciptakan khusus untuk manusia. Sesungguhnya, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menyediakan ruang dan kaedah untuk kita, hambaNya
menunjukkan rasa cinta kepadaNya. Sedar diri ini bahawa aku adalah hambaNya yang menjadi kewajipan tahap teragung untuk tunduk dan patuh atas segala perintahNya tanpa ada sekelumit zarah untuk mempertikaikannya. Kesempatan waktu tidak menunggu lama.

Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran.

Bila merenung kembali, tatkala sibuk dan berharta, aku seringkali lupa asal kejadian aku. Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, namun sudahkah aku mendapat keampunan dariNya?


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

13

shazwani muhd mukhtar

Published at 2:36 PM in



Kamu semua pasti mempunyai teman baik yang memahami dan mengetahui segala2 tentang kamu (walaupun bukan semua tetapi hampir keseluruhan). Aku tak terkecuali. Namanya seperti yang tertera di atas. Perkenalan kami bermula sedari tadika lagi ketika usia aku baru 5tahun. Kami adalah sebaya dan membesar boleh dikatakan bersama2. Jika nak bercerita tentang beliaw, beliaw adalah rakan yang terbaek (ekceli..sangat terlalu baek)

Hubungan kami diikat dengan persaudaraan berpangkat 2pupu. Mak aku dan ayah beliaw merupakan sepupu. Walaupun demikian, aturan hidup kami bagaikan dirancang. Di tadika yang sama, sekolah rendah yang sama hingga sekolah menengah yang sama. Lebih tragik, di kelas yang sama dan tempat duduk dan katil bersebelahan. Seingat aku, hampir setiap tahun kami duduk bersama.

Apa yang membanggakan, beliaw sentiasa di sisi waktu sedih dan gembira. Apa sahaja rahsia aku, kalau nak tahu..melalui beliaw la. Kami berpisah semasa di matrik apabila beliaw ke KMK (kolej matrikulasi kedah) dan aku ke KMK (kolej mara kulim). Namun, ia bukan alasan untuk kami merasa jauh. SMS dan telefon penghubung kami.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Hubungan kami pasti ada perangnya tetapi entah kenapa terasa janggal bila tidak bersama. Untuk Wani yang bakal menamatkan zaman bujang ye, aku doakan kamu sentiasa bahagia. Terasa sebak tiba2 tapi realitinya, aku memang cengeng