3

hulurkan bantuan, ringankan beban: guru berlesen P mahukan jawapan

Published at 12:03 AM in ,

Sila bayangkan kamu berada di dunia sebelah saya. Membawa rekod mengajar untuk hari ini *sebut: Isnin* dengan semangat berkobar-kobar langkah kaki menunju ke gedung ilmu *sebut: kelas* Kamu berdiri di hadapan gedung ilmu. Pelajar berlari sambil meja kerusi tunggang langgang bagaikan baru diserang garuda maha ganas. Kehadiran kamu tidak di sedari sehingga kamu memberi salam sendiri.

Suara kamu bagaikan halilintar hingga ke kelas sebelah dengarnya. Pelajar kamu hilang pendengaran *sebut: pekak* agaknya hinggakan kelas sebelah yang menjawab soalan yang kamu utarakan. Buku latihan di buka, petak-petak kosong tanpa tulisan yang jelas tertera. Pen dakwat halimunan
*sebut: kosong* digunakan mungkin.


Mungkin dakwat halimunan lebih baik berbanding jika mereka halimunan! okei

Kamu menjelaskan, denda bermanfaat sebut pengetua. Lalu kamu mengarahkan sifir 3 dibaca. Gagal dengan jaminan apabila 3x3=6 katanya. Amaran diberikan tentang denda lebih berat. Ya! Wang saku 50 kupang *sebut: 50sen* dikutip untuk setiap kali buku kerja dengan dakwat halimunan digunakan. Wajarkah denda itu meningkat tatkala ibu ayah mereka cuma buruh atau nelayan semata?

Ya!! Guru dengan lesen P *sebut: pening* minta bantuan segera.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

3 Response to hulurkan bantuan, ringankan beban: guru berlesen P mahukan jawapan

Anon Halimunan
March 24, 2010 at 12:43 PM

ptt denda suruh diorg pose sunat...
sekali xwat keje, kene pose pd hari tersebut (sebut : xle gi rehat)...selaen menjadi pengajaran, dpt juga melatih mereka berpose...hihihi...

March 27, 2010 at 1:52 AM

xde idea la nk suggest denda camne yg terbaek. huhu.. tp dulu2 stkt byr duet tu xkesah pon tp kalau kene denda lari padang itu sgt memencikkan.. :D

March 27, 2010 at 9:48 PM

Anon Halimunan,
pose? nanti cikgu keluar kelas, dia keluar g rehat juga. kalau cikgu tak keluar kelas, cikgu pulak takde masa nak rehat.

p/s: masa sangat pack (T.T)

nawez,
lari di padang? wah~ serunuk juga melihat kasut mereka basah dek lumpur. yesh! haha