6

episod 17: bahasa jiwa bangsa

Published at 1:12 AM in

Oh..badan Acik sengal2 dan lenguh2 gara2 menjadi wanita terakhir di dalam rumah ini yang masih bergelar dara (mak2 dara sibuk menguruskan anak2 dara masing2). Penat sendi2, tegang lagi urat2, berselirat saraf2, sakit juga tulang belulang. Seharian membanting tulang empat kerat, mengerah peluh dan keringat memasak lauk pauk berbuka juga mendidik anak2 bahasa ibunda tercinta.

Elma: "Cik, ni apa?"
Acik: "Eki iwak"
Elma: "Eee..wak"
Acik: "Pandainya!!"

Menjadi tradisi keluarga kami menyediakan lauk2 berbuka dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada saudara mara dan jiran tetangga. Kami yang terdiri daripada 2kakak, 1abang, 1kakak ipar, 2abang ipar,
1adik lelaki, 5anak saudara perempuan, 1mak dan 1abah (2abang tiada di sisi: 1 di Banting, 1 di Syria) berkumpul dan rewang untuk menyiapkan juadah berkenaan sedari hari Sabtu. Monjong merupakan gelaran kepada pemberian lauk pauk kepada insan2 yang dekat dengan keluarga Acik. Apa yang Acik tahu, masyarakat Jawa mengamalkan budaya ini lantaran rakan2 Acik yang juga orang Jawa Johor juga monjong kepada saudara mara mereka.

Juadah monjong dari pihak keluarga perempuan iaitu Acik merupakan nasi impit berserta ayam kicap (nyumnyum) ditambah kuah kacang bersama ikan bawal dimasak sambal (enak banget). Tidak lengkap dengan kuah lodeh.
Sebagai pencuci mulut, puding juga turut disediakan. Lauk pauk ini disediakan untuk kira2 50buah keluarga dan perlu dihantar sebelum bang Maghrib berkumandang. Monjong paling jauh dalam sejarah keluarga Acik adalah ke Bangi, di selatan Selangor. Oh, memang jauh!!

Menjelang petang Ahad, saat azan Asar kedengaran; alhamdulillah berkat2 ini selamat sampai ke destinasi masing2. Selamat berbuka kepada sekelian muslimin dan muslimat serata dunia walaupun tanpa berkat dari rumah Acik yea~

Acik: "Taknak, Elma..pedas!"

Elma: "Acik, ni ape?"

Acik: "Ni Lombok"

Elma: "Lo..bok"

p/s: kamus BJawa -BMelayu
Ewak : Ikan
Monjong : Lauk pauk yang diberikan kepada orang lain terutamanya saudara mara sempena bulan Ramadhan&Syawal
Rewang : Bergotong royong menyiapkan lauk pauk diselang seli dengan gurau senda dan tawa riang

Berkat : Bungkusan makanan berisi lauk pauk
Lombok : Cili
Lobok : Terlalu besar, tidak muat dipakai

11

episod 16: matang selanjur usia

Published at 5:04 PM in

Menyingkap kembali detik dan ketika Acik membesar membuatkan diri sedar, makin masa berlalu, usia bertambah, pemikiran kian dewasa dan matang. Namun disebalik kejadian tersebut, Acik kembali berfikir fitrah alam yang sempurna; usia menentukan matang atau tidakkah pemikiran seseorang manusia

Lewat kehidupan ini, semakin ramai ra
kan-rakan yang telah melangkaui batasan masa; yang sendiri, berpasangan; yang mengejar ilmu, mengejar harta dan pangkat, yang muda, beransur tua. Acik berada di fasa mana? Semua orang akan mengalami setiap peringkat kehidupan. Cuma yang membezakan adalah ketika dan masanya. Sesaat Acik menghitung sejauh mana hidup Acik berubah dan setinggi mana minda Acik berkembang. Terbukti apabila usia berganjak hari demi hari, kita semakin matang menilai dan memberi konklusi terhadap sesuatu fakta, kejadian mahupun peristiwa. Rakan-rakan Acik sering berkata

"Nurul, ko ni tak maced la"
ujar si Swift

"Uyul, ko nih..tak berubah langsung, cubalah jadi matang siket"
kata pula si Persona


Perbualan tersebut kadang kala menyebabkan Acik tertanya-tanya dalam hati yang sepi lagi sunyi, "iye ke??"

Maka, tidak benar kalau dikata yang usia membentuk peribadi seseorang sama ada matang atau tidak. Terbukti, walaupun usia telah berganjak ke angka 23, masih ada lagi manusia2 yang menghakimi diri ini, TIDAKMATANG

Siapa2 tengok Wonderpet, dia yang tak maced

3

cream caramal

Published at 2:21 PM in

Bahan untuk Gula Hangus (A):
1/2 cawan* gula pasir
1/4 cawan air

Bahan untuk Puding (B):
700ml susu penuh krim** / susu tepung campur air (jadikan anggaran 700ml)
3/4 cawan gula
sedikit esen vanila
1 sudu makan tepung kastard
7 biji telur

Cara membuatnya:
1
Satukan bahan A di dalam loyang bulat / sebarang acuan.*** Masak dengan api paling perlahan. Biar gula hancur dan menjadi keemasan. Angkat dan biarkan kira-kira seminit / sehingga gula hangus sejuk.
2
Satukan bahan B, gaul (jangan dipukul) sehingga gula hancur kemudian tapis adunan. Pastikan adunan tidak berbuih-buih. masukkan ke dalam loyang yang telah ada gula hangus tadi.
3
Kemudian, kukus 15 hingga 20 minit. Sejukkan dan sedia dihidang.

*Aku guna cawan untuk minum air panas.
**Aku guna susu cair jenama F&N.
***Pastikan loyang berkenaan cukup untuk dimuatkan ke dalam periuk pengukus.

p/s: Lebih sedap kalau dibiarkan dalam peti sejuk. Ia akan lebih berkrim dan disukai ramai.(sumber: Majalah Wanita edisi 17-23 Okt 08)

Selamat mencuba!!