9

episod 13: nilai sekeping kertas

Published at 11:21 PM in

"Good morning!!"
Hari baru di bulan Ogos di tempat asing, Melaka. Acik bangun seawal jam 6.15pagi bersama alunan ayat suci alQuran di kediaman Annisa. Terus bergegas ke bilik air mengambil wudhuk, solat subuh dan mandi untuk bersiap2 ke PKG Kg Gelam, Melaka. Hari yang ditunggu telah tiba. Sebelum bertolak, Acik bersalaman dengan ibu Annisa dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka sekeluarga membenarkan Acik bermalam di rumah berkenaan . Sesudah selesai ujian INSAK nanti, Acik akan pulang semula ke Klang bersama abang yang kebetulan mempunyai urusan di Melaka. Berbekalkan buah tangan ole2 dari Melaka, Acik melambaikan tangan pada ibu Annisa di muka pintu kereta.Tata~!

Sampai di PKG berkenan, jam menunjukkan pukul 7.50pagi. Orang ramai yang terdiri daripada bakal guru dan kaum keluarga yang rata2 dari Selangor berpusu2 memasuki kawasan berkenaan. Sesudah mendaftarkan diri, kami ditempatkan di sebuah bilik untuk diberi taklimat proses yang akan dijalani seterusnya.

Arahan pertama dari pegawai yang bertugas.
"Siapa yang bukan dari graduan pendidikan, sila keluar"
Arahan kedua.
"Siapa yang belum konvo dan tidak memiliki surat pengesahan senat, sila keluar"

OH! Jantung Acik terus berdegup laju namun berjaya disembunyikan dari riak wajah dan suara yang tidak sihat gara2 selesema dan batuk . Terus Acik bangkit dari kerusi dan menghampiri pegawai yang bertugas bertanyakan beberapa soalan berkenaan dokumen2 yang Acik bawa. Acik pandang Annisa yang juga pucat mukanya . Pegawai berkenaan meneliti kesemua dokumen yang Acik bawa tetapi tidak ada satu pun yang dapat Acik gunapakai bagi menggantikan surat berkenaan.


Arahan ketiga.

"Semua dokumen ini tidak boleh awak gunakan untuk temuduga hari ini. Saya tidak boleh buat apa2 melainkan awak bawa surat berkenaan esok. Jangan risau, esok kita ada lagi di sini"
Acik kelu. "Baik, terima kasih"

Acik melangkah pergi meninggalkan Annisa sendirian menghadapi hari itu kerana dokumen yang dibawanya diterima pegawai berkenaan. Apakah surat pengesahan senat??

Acik keluar dari dewan. Menghubungi abang Acik yang katanya ke Melaka. Jam 8.30pagi, beliau masih berada di rumah di Kota Damansara. OH! Apa yang harus Acik lakukan?? Sekiranya tidak mengambil ujian ini, Acik perlu menghadirinya kembali pada sesi akan datang. Bulan OKTOBER nanti! Surat itu perlu Acik dapatkan segera!

Duduk sendirian di bangku, menelefon rakan2 di UTM memohon bantuan segera sehinggakan telefon bimbit Acik kehabisan bateri (charge semula dengan bantuan pegawai PKG di situ. Terima kaseh daun keladi!). Sekeping kertas itu harus sampai ke Melaka sebelum Jumaat. Bagaimana??

Cara 1:
Acik: "Encik, boleh tak saya minta fakulti faks kan saja ke sini?"

En B: "Tak boleh! Saya mahu yang original!"

Acik: "Saya sertakan surat pengesahan dari fakulti pun tak boleh ke? Jauh saya nak ke Skudai ni.."

Jawapan En B tetap sama dan Acik kecewa.


Cara 2:
Acik: "En R, boleh ke datang ke Melaka? Bawa surat pengesahan Acik?"
Mr R: "Melaka? Bila nak tuh?"
Acik: "Hari ni juga~"

Mr R: "Insyallah. Pas zuhur nanti gerak yea"
Hati Acik berbunga riang.

Akhirnya jam 6.30petang, sehelai kertas bertajuk SURAT PENGESAHAN SENAT tiba juga ke kediaman Annisa yang mana Acik kembali semula ke sana setelah Annisa selesai menjalani temuduga dan Acik tidak tahu apa yang harus dilakukan selain menunggu beliau. OH! Hari yang memalukan dan sangat lucu!

p/s: Terima kasih Acik ucapkan kepada mereka berikut: En Y (yang cool dan tak marah2 macam En B), Kak Kerani1 (yang tulung mintakkan tulung untuk cas enset), En PKG1 (yang tulung carik chrager enset), En PKG2 (yang tulung fotostat dan sahkan fotostat), Kak Wahida (yang teman Ain g ofis fakulti), Ain (yang mintak surat dari Encik Asram), Wana (yang bagi SMS banyak2 sampai abes bateri), En Asram (yang sediakan surat pengesahan senat yang tak sampai ke rumah), Kak Kerani2 (yang bagi no telefon direct En Asram), Annisa, Yan & ibubapanya (yang bagi tido rumah mereka) dan istimewa
Mr R (yang datang dari Johor walaupun penat dan banyak keje demi sekeping kertas)
p/s: Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

9 Response to episod 13: nilai sekeping kertas

August 12, 2009 at 8:43 AM

saye ye punca bateri hp kamu habes???
huhuh...sorry:(

August 12, 2009 at 9:47 AM

cikwana,
hahaha..saya bergurau jela.
malam tuh da cas full tapi banyak tepon org.
tuh bateri abes dengan laju ye ;p
naseb baek credit full haha

August 12, 2009 at 9:36 PM

lahai..kesiannya kamu.....sampai macam tu sekali... sapekah gerangan Mr R yang baik hati itu.... Kamu kena belaja dia sebab dia dh tlg hantarkan surat tu dr johor sampai ke melaka....hehe.. Anyway tahniah kerana semuanya telah selesai...=)

August 13, 2009 at 1:16 AM

Cik As,
sedey kan?? uhuk2!!
nak wat macam ne. surat tuh tak pernah ye sampai ke umah saya. terpaksa la special delivering pada saya di melaka waktu tuh huhu~

yeah! terima kasih pada Mr R yang sangat berjasa
):D

August 13, 2009 at 8:25 AM

cik As..
bukan setakat belanja saje..
malahan cik|uyul sanggup melakukan ape saje untuk Mr R...
hahahhaa

August 13, 2009 at 9:06 AM

owh..pandai sungguh cikwana membuat hipotesis... :P

August 13, 2009 at 1:33 PM

uwaaa..sedihnye cite ko nih..
seb bek la de Mr R..
selamat berkenalan Mr R..hehe

August 13, 2009 at 1:51 PM

cik wanyie ni mcm nk pancing Mr R supaya menunjukkan diri jer...ahahaha...

kepada Mr R yg berkenaan, sile berhati2 yea...ngeh ngeh ngeh... :P

August 21, 2009 at 9:54 AM

cikwana,
spekulasi apekah ini??
haha..buat2 tak faham.

wanyie,
sedey. memang sedey. aku nak nanges da mase kuar tuh. tapi sebab saya insan yang tabah, maka tiada linangan air mata ketika itu huhu

nuruddin | Ray,
selamat berkenalan dengan wanyie~