6

episod 17: bahasa jiwa bangsa

Published at 1:12 AM in

Oh..badan Acik sengal2 dan lenguh2 gara2 menjadi wanita terakhir di dalam rumah ini yang masih bergelar dara (mak2 dara sibuk menguruskan anak2 dara masing2). Penat sendi2, tegang lagi urat2, berselirat saraf2, sakit juga tulang belulang. Seharian membanting tulang empat kerat, mengerah peluh dan keringat memasak lauk pauk berbuka juga mendidik anak2 bahasa ibunda tercinta.

Elma: "Cik, ni apa?"
Acik: "Eki iwak"
Elma: "Eee..wak"
Acik: "Pandainya!!"

Menjadi tradisi keluarga kami menyediakan lauk2 berbuka dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada saudara mara dan jiran tetangga. Kami yang terdiri daripada 2kakak, 1abang, 1kakak ipar, 2abang ipar,
1adik lelaki, 5anak saudara perempuan, 1mak dan 1abah (2abang tiada di sisi: 1 di Banting, 1 di Syria) berkumpul dan rewang untuk menyiapkan juadah berkenaan sedari hari Sabtu. Monjong merupakan gelaran kepada pemberian lauk pauk kepada insan2 yang dekat dengan keluarga Acik. Apa yang Acik tahu, masyarakat Jawa mengamalkan budaya ini lantaran rakan2 Acik yang juga orang Jawa Johor juga monjong kepada saudara mara mereka.

Juadah monjong dari pihak keluarga perempuan iaitu Acik merupakan nasi impit berserta ayam kicap (nyumnyum) ditambah kuah kacang bersama ikan bawal dimasak sambal (enak banget). Tidak lengkap dengan kuah lodeh.
Sebagai pencuci mulut, puding juga turut disediakan. Lauk pauk ini disediakan untuk kira2 50buah keluarga dan perlu dihantar sebelum bang Maghrib berkumandang. Monjong paling jauh dalam sejarah keluarga Acik adalah ke Bangi, di selatan Selangor. Oh, memang jauh!!

Menjelang petang Ahad, saat azan Asar kedengaran; alhamdulillah berkat2 ini selamat sampai ke destinasi masing2. Selamat berbuka kepada sekelian muslimin dan muslimat serata dunia walaupun tanpa berkat dari rumah Acik yea~

Acik: "Taknak, Elma..pedas!"

Elma: "Acik, ni ape?"

Acik: "Ni Lombok"

Elma: "Lo..bok"

p/s: kamus BJawa -BMelayu
Ewak : Ikan
Monjong : Lauk pauk yang diberikan kepada orang lain terutamanya saudara mara sempena bulan Ramadhan&Syawal
Rewang : Bergotong royong menyiapkan lauk pauk diselang seli dengan gurau senda dan tawa riang

Berkat : Bungkusan makanan berisi lauk pauk
Lombok : Cili
Lobok : Terlalu besar, tidak muat dipakai

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

6 Response to episod 17: bahasa jiwa bangsa

August 31, 2009 at 3:21 AM

pstut bole bukak tusyen bahase jawa la sementara tggu posting... :P

August 31, 2009 at 8:57 AM

selamat merdeka!

*pastinye kesedapan Ewak Patin adelah yang terbaik di dunia ini. haha

August 31, 2009 at 10:17 AM

kok cepat temen aktiviti monjong2 iki...???

August 31, 2009 at 10:47 AM

nuruddin | Ray,
kamu la jadik pelajar saya. cepat mendaftar!! :D

fatin nazihah ashari,
Ewak Patin enak ek di baker karo ampas kelopo. enak ek~~

selamat merdeka, fatin!!
:)

cikwana,
eneg moso yo iki dino waey. kakang e cuti merdeka. untong2 eneng seng rewangi huhu~

September 2, 2009 at 11:26 AM

haah..cepat giler monjong...
aku ade cuti ke tak..sama je akak2 aku tetap balik untuk ambik berkat...=)
biase la da berkeluarga kan..busy memasing...=p

September 2, 2009 at 2:13 PM

Suryani,
kakak dan abang aku balik je..tapi kejar masa juga. mertua sana juga nak kena jenguk huhu~

takpela..memberi makan pada orang yang berpuasa, pahalanya kan berlipat ganda. bila lagi nak kumpul pahala, asek kumpul harta je hihi :D