2

may: satu tarekh aku belom punya lagi.

Published at 10:47 PM in ,

may
satu tarekh aku belom punya lagi. entah bila akan punya, aku sendiri maseh menanti. bila ia datang aku pasti diri ini. akan ada tanggungjawab berat lagi.

may
satu tarekh aku belom punya lagi. hari pertama datang aku merai. buat pertama kali. bergelar pekerja dalam industri. mendidik anak bangsa kini. yang rupanya payah dan penoh onak duri. shiapa sangka aku bergelar pekerja kini. menabur bakti. pada bangsa malaysia dan akan datang nanti.


may
genap sepuluh hari. aku menjadi dewasa hari-hari. meraikan hari lahir yang penuh warna-warni. bersama sambutan nyanyian lagu hari jadi. dari anak murid yang "baek hati". bergema satu sekolah aku segan dalam hati. oh~ memalukan guru kecik murid-murid ini. mana diketahui aku sendiri kurang pasti. hadiah bertali-tali datang di meja kerusi. ucapan hari jadi tak putus-putus diterima hari-hari. walau bukan 10 may hari ini.



may

tengah bulan nanti. merai hari penuh berseri. berlakon, menyanyi dan menari-nari. menerima hadiah berkati-kati lagi. tapi. bukan itu yang diharapkan diri. hanya doa supaya murid berjaya satu hari nanti. bukan menjadi kuli tapi punya syarikat sendiri. berilmu dada dan sikap rendah diri. menghargai jasa dan mengenang cikgu ini sampai mati.

may
ahad minggu kedua yang aku belom punya lagi. merai gelaran ibu yang maseh belom ada lagi. panggilan puan yang ternanti-nanti. bukan sampai tua harapnya nanti. berdoa dalam diam dan berhati-hati. supaya
aku dapat merasa tanggungjawab berat itu satu hari nanti. mari! mari! raikan hari ibu yang patutnya dirai hari-hari. peluk cium hanya untuk ibu mithali. yang menjadi harapan aku dalam hati.

may
satu tarekh yang aku belom punya lagi.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

2 Response to may: satu tarekh aku belom punya lagi.

May 14, 2010 at 8:07 AM

ni mcm posting utk pressure cik abg jer...huhuhu!!!

May 16, 2010 at 9:58 PM

Mohd Naim,
tidak. hakikatnya, satu hari itu yang saya belom miliki lagi :)
hari pekerja sudah.
hari jadi sudah.
hari guru sudah.
hari ibu..tak sudah haha