0

perut kenyang tapi hati maseh susah

Published at 7:42 PM in

Ya!! Perut aku sudah kenyang sekarang tapi natijahnya mata mahu lena disorongkan bantal empuk. Ya!! Sangat letih dan mahukan tidur yang lena tanpa gangguan tangis si kecil Amila dan Aleya di siang hari. Dush!! Sedar di alam nyata untuk ke sekian kalinya. Mana ada tidur yang lena sekarang Anak bangsa itu porak porandakan hidup aku hari ini. Semalam menerima ucapan selamat berusaha dan semoga berjaya dari makcik-makcik yang aku kira benar jika dipanggil nenek.Sementalahan mereka baru saja mengetahui aku sedang membangunkan modal insan di kampung sendiri yang terkenal dengan sikap insan-insan yang nakal lagi malas.

Usai Jumaat lalu, majlis perpisahan bersama mantan penyelia petang, beliau sempat menitipkan kata-kata semangat untuk aku berusaha keras lagi. Katanya, kerja biar ikhlas, insyallah akan dibantu atas sana: sambil jari telunjuk menunding syiling kelas *almaklumlah tiada dewan, majlis dibuat di dalam kelas dibuka-buka*

Lewat dua minggu lalu, rakan sejawatan aku sudah mula menaikkan jemari halusnya ke muka pelajar. Tidak hampir lama kemudian, buku SPBT pula menjadi tamu tidak diundang longkang berwarna hitam pekat bagai kopi perasa payau Terus terang, kami sesama rakan sejawat berbincang bagaimana denda paling wajar dan terkesan dalam sanubari budak *baca: pelajar*

Air mata aku juga sudah tumpah beberapa hari yang lalu tatkala memikirkan dunia hadapan mereka. Oh! Aku perlu cekal! Tapi jujur lagi ikhlas dalam sanubari, aku tidak tahu bagaimana.

5

sila diam jika tidak mahu kena lempang

Published at 8:29 PM in

Guru jika tegas dikatakan garang, jika lembut mudah dipijak. Ketika aku berusaha memastikan pelajar aku berdisiplin, ada suara-suara di luar sekolah kata aku otai. Kalaulah kamu berada di hadapan kelas berhadapan dengan hampir 50 orang pelajar nakal, apa agaknya tindakan kamu ya??

Memang kebanyakan kita bukan lahir di sekolah-sekolah sedemikian menjadikan kita kurang fasih dengan suasana dan persekitaran yang tiba-tiba ada pelajar menjerit memanggil rakan di sebelah. Apa rakan kamu itu pekak kah?? Atau situasi di mana, pelajar kamu berbalas kata sehingga waktu pelajaran terganggu dan sukatan pelajaran perlu dihabiskan segera lalu termuntahlah kata-kata, "Kamu cikgu kah, cikgu cikgu kah??" atau "Ayuh, jika kamu ada masalah bersama cikgu, kita beradu tenaga di luar kelas selepas ini" atau "Sila diam jika tidak mahu kena lempang"

Ramai di luar kurang jelas bila aku katakan menjadi guru tidak semudah yang kamu fikir ia adalah guru. Lewat hari ini, hampir 6 orang guru GSTT (Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih) merungut pelajar di kelas mereka nakal. oh~ Salah siapa? Sudah aku katakan, jangan diberi betis kelak ia mahukan peha.