11

episod 16: matang selanjur usia

Published at 5:04 PM in

Menyingkap kembali detik dan ketika Acik membesar membuatkan diri sedar, makin masa berlalu, usia bertambah, pemikiran kian dewasa dan matang. Namun disebalik kejadian tersebut, Acik kembali berfikir fitrah alam yang sempurna; usia menentukan matang atau tidakkah pemikiran seseorang manusia

Lewat kehidupan ini, semakin ramai ra
kan-rakan yang telah melangkaui batasan masa; yang sendiri, berpasangan; yang mengejar ilmu, mengejar harta dan pangkat, yang muda, beransur tua. Acik berada di fasa mana? Semua orang akan mengalami setiap peringkat kehidupan. Cuma yang membezakan adalah ketika dan masanya. Sesaat Acik menghitung sejauh mana hidup Acik berubah dan setinggi mana minda Acik berkembang. Terbukti apabila usia berganjak hari demi hari, kita semakin matang menilai dan memberi konklusi terhadap sesuatu fakta, kejadian mahupun peristiwa. Rakan-rakan Acik sering berkata

"Nurul, ko ni tak maced la"
ujar si Swift

"Uyul, ko nih..tak berubah langsung, cubalah jadi matang siket"
kata pula si Persona


Perbualan tersebut kadang kala menyebabkan Acik tertanya-tanya dalam hati yang sepi lagi sunyi, "iye ke??"

Maka, tidak benar kalau dikata yang usia membentuk peribadi seseorang sama ada matang atau tidak. Terbukti, walaupun usia telah berganjak ke angka 23, masih ada lagi manusia2 yang menghakimi diri ini, TIDAKMATANG

Siapa2 tengok Wonderpet, dia yang tak maced

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

11 Response to episod 16: matang selanjur usia

August 29, 2009 at 11:01 AM

aku maced...
kerana tidak pernah menonton wonderpet...
yuhuuuu~

August 29, 2009 at 11:16 AM

uiks!!! kejam betol tuduhan itu.hu~

August 29, 2009 at 1:57 PM

wahahahaa...
cik nisa salah seorg penonton setia~

August 29, 2009 at 4:33 PM

cikwana,
saya rase saye perlu bertukar kenyataan la. siapa yang maseh menonton kartun, mereka adalah insan2 yang tak maced haha :D

cikwana salah sorg ye kan??

NISA_143,
tak kejam sbb ade yang lebey kejam di luar sana. demi keamanan. peace!
(^___^)v

August 29, 2009 at 5:21 PM

xkeysah ah...demi untuk awet mude...demi untuk dilihat lebih mude dari usie...aku rele.hu~

August 29, 2009 at 8:00 PM

uyul..thanx sbb follow blog aku..huhu

August 29, 2009 at 8:49 PM

oh no...
sy tidak lagi menuntun katun..
skng hanya menuntun forum perdana n al kuliyah...hihhiihhi

cik nisa,
nape perlu kelihatan lebih mude dr usia..? biarlah kite menjaDik diri sendiri..

janji ade yg syg...hihihhi

August 29, 2009 at 11:44 PM

NISA_143,
adekah kenyataan itu kerana si dia di hati kamu?? jeng..jeng..jeng :D

cikwana,
insof dengan kamu. saya akan berusaha menunton rancangan2 berkenaan di masa akan datang demi menjadi maced :P

setuju kenyataan cikwana pada cik nisa. HIDUP CIKWANA!!! :D

lightofgentleness,
terima kasih juga kerana sudi follow blog saya :)
lame tak jumpe kamu~

August 30, 2009 at 8:27 AM

acik|uyul & cik wana
hmm...no komen...

September 11, 2009 at 4:32 PM

eh, sape Swift ngan Persona tu?
xbaek ckp ko xmeced lagi kan..
ko la orang paling meced yg penah aku jumpa...wahahahaha

September 11, 2009 at 11:16 PM

ain comeyl,
puji ke perli~~
hahaha