5

sila diam jika tidak mahu kena lempang

Published at 8:29 PM in

Guru jika tegas dikatakan garang, jika lembut mudah dipijak. Ketika aku berusaha memastikan pelajar aku berdisiplin, ada suara-suara di luar sekolah kata aku otai. Kalaulah kamu berada di hadapan kelas berhadapan dengan hampir 50 orang pelajar nakal, apa agaknya tindakan kamu ya??

Memang kebanyakan kita bukan lahir di sekolah-sekolah sedemikian menjadikan kita kurang fasih dengan suasana dan persekitaran yang tiba-tiba ada pelajar menjerit memanggil rakan di sebelah. Apa rakan kamu itu pekak kah?? Atau situasi di mana, pelajar kamu berbalas kata sehingga waktu pelajaran terganggu dan sukatan pelajaran perlu dihabiskan segera lalu termuntahlah kata-kata, "Kamu cikgu kah, cikgu cikgu kah??" atau "Ayuh, jika kamu ada masalah bersama cikgu, kita beradu tenaga di luar kelas selepas ini" atau "Sila diam jika tidak mahu kena lempang"

Ramai di luar kurang jelas bila aku katakan menjadi guru tidak semudah yang kamu fikir ia adalah guru. Lewat hari ini, hampir 6 orang guru GSTT (Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih) merungut pelajar di kelas mereka nakal. oh~ Salah siapa? Sudah aku katakan, jangan diberi betis kelak ia mahukan peha.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

5 Response to sila diam jika tidak mahu kena lempang

January 6, 2010 at 11:40 PM

ngeee
biasala, budak sekolah memg adeje kes nakal nakal tahap over nieh

cabaran sebagai guru, hadapi dengan tenang dan tabah k

lempang je. eh kalau lempang takut takut bercalar kete disamping pancit tayar kat garaj tu. huhu

January 7, 2010 at 8:13 AM

kalau bebudak mcm nie..xguna kalau nak guna sikologi...BAGI jer sekor-sekor...kalau tak, diaorang tak tahu yg cikgu tu marah...huhuhu..

sebab kalau kat rumah pun, mak jerit2 dan maki2 tu perkara biasa..kalau betul2 marah mcm bapak diaorang marah, bapak diaorang selalu BAGI cukup2...so diaorang dah terbiasa -> jerit2 dan maki2 = xde pa-pa just nak bagitahu...kalau kena belasah = marah

Anonymous
January 7, 2010 at 2:16 PM

tapi masalahnye skrg, kalau belasah, cikgu kene saman...haish...payah jd cikgu skang neh....

motarosanmosal
February 13, 2010 at 10:47 AM

aku dah boleh baca dahh..ko kalau tak jadi cikgu, ko mmg leh jadi ceti bank..kejar org tak bayar bulanan bank..ko mmg gangster

February 13, 2010 at 2:15 PM

mota,
aku muke naif gini jadik ceti?? tak layak la (-.-')