5

oh..mahu drift kah rempit dengan cekgu jelita?

Published at 8:27 PM in

Jumaat lalu, seperti kelaziman Jumaat2 yang lalu..aku ke sekolah jam 1.40 petang sesudah selesai menunaikan solat Zohor. *Jumaat: 2.15 petang* Ya, waktu yang aku kira agak lewat juga untuk ke sekolah kerana kad tekan *baca: punch card* aku tertulis "L=4, sila berjumpa saya" ayat annoying dari pengetua yang mengatakan aku sudah 4 kali lewat ke sekolah. Cis!! Mana ada lewat, 12.40 tengahari okei!! *hari biasa: Isnin hingga Khamis* Gumam aku dalam hati *mana berani melampiaskan amarah, mungkin ada jenama baru melekat di baju nanti* Rupa-rupanya bukan aku saja terkena, ada cikgu super dupper senior lebih banyak cap L dari aku(●*∩_∩*●)

Oh..itu bukan kisahnya. Semasa aku membawa kereta abah dengan bersantainya melalui panorama lebuhraya di bawah terbang merentas *baca: fly over* berdesing telinga aku melihat lelaki berboncengan memakai seluar hijau tahi lembu berbajukan kemaja putih bersih cuba memotong kereta aku. Oh~ Ada bran ka?? Fine!! ٩(͡๏̯͡๏)۶٩(͡๏̯͡๏)۶

Aku terus menekan pedal minyak. Vroom~~ laju meninggalkan motor kapcai Honda bercatkan hitam. Tiba di selekoh tajam, aku meperlahankan kereta kerana ada kereta dari arah bertentangan melalui laluan sempit itu. Lelaki berboncengan itu terus mengejar aku. Pelajar sedang mencabar guru merempit dan drift di laluan kampung rupanya. Okei, sebagai guru yang mementingkan keselamatan anak-anak pelajar, aku biarkan saja motor itu memintas aku. Bukan sekadar pintas, pandangan sinis turut diberikan kepada aku. Sekali lagi, sebagai guru yang baik hati lagi jelita, seukir senyuman aku sedekahkan kepada mereka.
(。♥‿♥。)

p/s: __̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__ kemalangan jalan raya di kawasan kampung aku melibatkan pembonceng motor selalu saja terjadi dan kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah aku. inalillah~