9

air mata mengalir. adakah perlu rasa terharu?

Published at 1:46 PM in ,

Tidak lama. Seminggu saja cuti sekolah ini datang. Nikmatnya~ Jelas terasa! Almaklumlah setelah lelah dan penat, akhirnya ada juga masa menanda buku dan menulis kertas peperiksaan pertengahan tahun untuk 3 matapelajaran. oh~ Masa ada, jangan cemburu ya~ Cuti guru penuh saja dengan aktiviti-aktiviti 'menyeronokkan'.

Kelas tusyen tidak pernah berhenti. Cuma kali ini, cabaran maha hebat bila pelajar berusia 8tahun itu tidak tahu membaca. Fokus semasa mengulangkaji juga bagai terbang dibawa angin. Aku bukan guru sekolah rendah yang tahu apa kehendak juga pedagogi pendidikan kanak-kanak. Jelas sungguh bila airmata mengalir tatkala aku minta beliau membaca kisah si cempedak dan si semut. Aku dengar dia mengeja. Perlahan-lahan sambil menggosok-gosok mata.

Cikgu: Takkan mengantok lagi? *kelas bermula jam 9pagi*
Akmal: Tidak, mata masuk habuk.

Aku biarkan seketika dia membaca. Tergagap-gagap sambil mengeja sepatah demi sepatah. Bila j-o menjadi go dan p-a-t menjadi pan, aku mula menyergah. Bukan begitu caranya barangkali kerana beliau menggosok mata lebih kerap. Aku perhatikan riak mukanya tertunduk ke bawah. Ada titis air mata jatuh ke pipi.

Cikgu: Kenapa?
Akmal: Diam
Cikgu: Kenapa menangis?
Akmal: Tidak tahu membaca.
Aku terkesima sebentar. Aku ambil kertas tertulis kisah buah dan binatang itu.
Cikgu: Dengar cikgu baca.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah, tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar;
Kalau salah tolong tunjukkan.


Mungkin aku bukan guru yang sesuai mengajar beliau tapi aku tahu tegas itu perlu demi kejayaan. Mungkin kaedah salah atau aku sendiri yang salah? Ya, beliau dihantar ke rumah aku oleh maknya. Katanya tidak tahu membaca. Aku berat pada awalnya untuk menerima tetapi hubungan kekeluargaan yang mengikat menjadikan aku tahu, ia tanggungjawab sosial aku.

Cikgu: Nanti cikgu beli buku cerita lebih menarik untuk kamu ya, Akmal.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

9 Response to air mata mengalir. adakah perlu rasa terharu?

Anon Pandai Membaca
March 15, 2010 at 3:16 PM

Mulianya hati dan tugas seorang guru...lebih terasa lg bila guru tu kita kenali...hehehe...
Teruskan usaha, cikgu! ^_^

March 15, 2010 at 3:22 PM

tersentuh lak kita baca coretan kamu nih....ingatkan keja cikgu nih senang jer, cuti banyak......upanya pat tanggungjawab dia besar sebenarnya.....hmmmm....teruskan berbakti k

March 15, 2010 at 3:37 PM

huhu.. huda.. sorg lagi kwn skola ak yg cintakan dunia pendidikan.. terharu ak.. btw, nak share ad kes kanak2 yg slow ni maybe disebab dyslexia.. so, mungkin pendekatan mengajar die lain sket.. wat la research mana tau bole bantu that strong boy :)

March 15, 2010 at 6:10 PM

gosok mata sebab masuk habuk?? haha..mcm biasa dengar je alasan tu..haha...

saya dulu pun selalu bagi alasan mcm tu, tapi bila umur 10 tahun, baru sedar yg saya sememangnya rabun...cuba bawak budak tu pegi check mata tengok..manalah tahu kan...

lagi satu, cikgu nurul mungkin boleh buat kaedah reward and punishment, kalau dia ada kemajuan, bagi lah reward sikit, kalau nakal dan malas, kena la punish...

March 15, 2010 at 7:59 PM

buku mesti kasi yang best.
kisah bese2 je mesti diorang malas bace.
buku best, minat meningkat.

ahaha pandai lak komen.. chayok ah cekgu

March 15, 2010 at 10:52 PM

Anon Pandai Membaca,
teruskan memberi semangat ya! terima kaseh (^^)

razmiey,
jadik jangan dengki cikgu cuti sebab nama je cuti tapi kerja tetap ada hahaha

As Ahmad,
yea, syg~ aku ada membaca tentang ituh dan rakan sekerja juga pernah menyebut tentangnya~ matematik beliau bagus! mungkin itu anugerah disebalik kejadian beliau~

Mohd Naim,
reward and punishment? itu pedagogi. ya, diamalkan namun punishment mungkin hati tidak sampai. mukanya sangat naif dan syahdu (T.T)

fatin nazihah ashari,
buku kiamat sudah dekat menarek kah? hihihi

March 16, 2010 at 8:42 PM

entri cikgu buat saye sebak. haha..
Ajar Akmal smpai pandai ye! chaiyok!

March 24, 2010 at 8:08 AM

minggu lepas masa dok sibuk mendownload video2 karaoke dari youtube, saya terfikir satu benda!

apa kata cikgu nurul gunakan kaedah karaoke lagu2 popular kepada anak murid cikgu tu...

saya percaya murid tu pasti tahu lagu2 terebut, tetapi tak lah semua liriknya mereka hafal, utk menyanyi karaoke dgn baik, mereka mesti mengikut huruf yg dinyalakan tu, ini menyebabkan mereka terpaksa membaca dgn pantas utk mengikut lagu tersebut..

kalau boleh, dapatkan lagu yg tiada nanyian, hanya musik sahaja..ada byk di youtube,kalau xjumpa yg mcm tu, bagitahu saya..nnt saya bagikan linknya..

harap membantu

March 24, 2010 at 8:14 AM

Mohd Naim,
terima kasih diatas cadangan (^^)
saya menghargai~