8

episod 10: angguk-angguk, geleng-geleng

Published at 11:56 PM in

"Akan tiba juga waktu yang kamu nantikan satu hari nanti. Sabarlah hati", pujuk Acik pada diri sendiri. Hati Acik bukannya gusar . Jauh sekali bimbang dan risau tetapi pesanan ringkas yang Acik terima dari rakan2 yang prihatin mengundang gundah sekali-sekala. Tarikh keramat bagi bakal guru yang akan menghadapi keletah dan ragam pelajar apabila diterima masuk ke dalam profesion perguruan bermula sudah. Satu siri temuduga sedang berlansung dengan maha hebatnya di selatan juga timur tanah air. Tanah kelahiran Acik, bumi Selangor? Masih sunyi dari sebarang cerita dan perkhabaran.


Kak Wahida
Hari pertama (pagi):
"Nurul tau tak, Ekin da dapat panggilan interview. Nurul dapat tak?"
(mengeleng-geleng kepala)
Hari pertama (petang):
"Nurul telefon nombor 0355****** untuk semak status Nurul. Ramai dah tau nih"
(mengangguk-angguk kepala)

Hari kedua:
"Nurul, da tepon da? Macam ne?"
(menggeleng-geleng kepala)

Hari ketiga:
"Nurul, da tepon blom? Kalu da tepon bagitau tau. Akak nak tau"
(masih.mengeleng-geleng kepala)




Macam angguk & geleng. OH!



Ain
Hari pertama:
"Rumet, ko tau tak bila ko interview?? Aku 5hb8 09"
(mengeleng-geleng kepala)

Hari kedua:
"Ko dapat surat temuduga blom??"
(mengeleng-geleng kepala)

Hari seterusnya:
"Ko da tepon KPM?? Tanye la.."
(menggeleng-geleng kepala)

Hari seterus & seterusnya:
" Aku dengar cite, budak Selangor kene interbiu kat tempat laen macam Negeri Sembilan ke Melaka ke"
(masih.mengeleng-geleng kepala)


OH..sampai hari ini masih banyak gelengan dari anggukan. Acik malaskah mengambil pusing masa depan sendiri?? TIDAK!! Tentu saja TIDAK!! Tetapi hati yakin, ada ruang masa dan ketika, ia pasti datang juga. Tak perlu khuatir kerana Acik kan di bawah tajaannya (senyum dalam sumbing).


p/s: Kak Wahida, Ain, Wana, Firdaus, Shahrul, Nisa..rakan 2 yang prihatin, TERIMA KASIH! Rakan seperti ini yang sukar dicari ganti.

9

episod 9: jangan menangis, kawan

Published at 8:13 PM in

Julai 2009 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik, Acik semakin lama menghitung hari menghabiskan saki-baki hidup sebagai penganggur. Rasanya, ada gembira dalam duka . Ada tawa dalam tangisan . Ada pahit dalam manis. Ada cuka dalam madu. Segala rasa bercampur baur membentuk satu resepi kehidupan yang banyak mengajar bahawa dunia ini hanya pinjaman.

OH..jangan menangis, kawan..

Buat Wanie yang baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya dengan jejaka idaman beliaw, Fauzi kah namanya?? (tidak pernah diperkenalkan kepada rakan baeknya ini. huh! ) Acik adalah orang yang paling gembira dengan ikatan yang diharapkan kekal hingga pernikahan seterusnya ke akhirat nanti. Perkenalkan, Wanie kawan Acik sedari 5 tahun sehingga SPM berakhir sebelum masing2 membawa haluan ke matrik berlainan. Tempoh yang lama menyebabkan Acik sememangnya senang dengan segala tingkah dan gayanya. Pertama kali diperkhabarkan berita ini, Acik semacam atau lebih tepat, terlalu-lalu GEMBIRA!! Pada semua ingin dikhabarkan!! Namun, apakan daya, "Huda, simpan rahsia ni dulu yea" . (Satu masa nanti Acik pasti akan menulis tentang beliau. hurm..)

Meraikan hari gembira bersama. Rindu pada kalian suda


OH..jangan menangis, kawan..
Kepada yang serabut dan rungsing dengan bebanan tugasan di tahun akhir sebagai mahasiswa. Acik sedar, bukan mudah menjalani kehidupan di tahap itu kerana Acik sendiri pernah mengalaminya . Namun, bebanan tugas bukanlah faktor untuk merasa tertekan sebaliknya dijadikan satu cabaran dalam mencari keseronokan mengejar cita2 dan ilmu. Sungguh! Acik cemburu pada kawan2 yang masih berada di bangku universiti . Sibuk dengan kuiz. Timbunan tugasan. Ulangkaji pelajaran. Latihan tutorial. Kenangan itu sangat berharga. Alangkah bagusnya~!



2

episod 8: bakal graduan UTM kah??

Published at 10:56 PM in

Rabu menjelma lagi dan Acik masih setia di rumah batu separa papan beratapkan zink ini. Tugas harian Acik jalankan seperti biasa. Hari-hari yang berlalu tiada yang istimewa. Mungkinkah hari ini akan berlaku keajaiban kelapan dunia??

Oh..PASTI!! Semua rakan2 Acik sebuk membicarakan tentang majlis graduasi&konvokesyen yang bakal berlangsung tak lama lagi. Mungkin sinar cahaya sedang terbit di ufuk timur membawa sekali harapan Acik untuk menghabiskan sisa2 sebagai penganggur. Petang itu, Abah seperti biasa bersiap2 ke tempat kerja jam 4 petang untuk punch card. (Begitulah rutin harian kerja Abah. Pergi kerja jam 7.30 pagi. Balik jam 10.30 pagi. Rahsianya?? Biarlah rahsia..huhu ).
Rupanya kepulangan Abah kembali petang itu tidak sia2, ada membawa perkhabaran gembira. KONVOKESYEN UTM!!fewit~!



Lama sudah Acik menantikan surat itu tiba. Sejak Acik diberitahu tentangnya dahulu beberapa hari sebelum itu. Oh..sebuk2 membacanya, Acik terkenangkan beberapa perkara:PENGINAPAN , BAJU CANTEK , KASUT BARU , BEG TANGAN BERGAYA , YURAN , JUBAH , GAMBAR..etc . Macam mana nih!! Tak ada persiapan lagi!! Hari yang dinantikan bakal menjelma tak lama lagi! OH my God!!

Jemputan ke Majlis Konvokesyen UTM ke 43
Raptai: 14 Ogos 2009
Tempat: Dewan Sultan Iskandar
Sesi: 5
Tarikh: 17 Ogos 2009
Hari: Isnin
(Takde sape nak datang waktu bekerja..sob..sob..)
Jam: 2 petang

10

tag: cikwana

Published at 6:14 PM in

Letakkan gambar sewaktu anda kecil.
Adalah baik sekiranya anda menulis 20
perkara yang orang tak tahu tentang
zaman kanak2

anda. Di hujung entri,
pilih 5 orang untuk ditag.
Anda amat bertuah jika ditag kerana
saya ingin tahu tentang zaman kanak2 anda.

hurm..demi cikwana yang slim sangat,
dipersembahkan
jeng..jeng..jeng..

#1
sangat suke pakai skirt.
hari2 pakai skirt yang sama.
#2
pernah kena kiss kat pipi ngan lelaki. ops!~
#3
baju raya tiap2 tahun..complete!
(tudung, baju kurung, kasut, stokin etc)
red color

#4
jatoh naek basikal sampai jari kelingking kaki kiri cacat
(jangan bagitau en ray)
#5
selalu dapat no 2 sekolah agama.
kalah dengan siti balqis bt abdul razak.
huh.menci~

#6
telah jatoh centa seawal usia 7tahun a.k.a darjah 1
& telah dicentai seawal usia 11 tahun.
luv @ first sight??!

NO!

#7
menjawat jawatan sebagai ketua kelas sejak darjah 1
pengawas sejak darjah 3. memang sangat skema lagi tegas!

oH..TAKOTNYA!!
#8
suka makan & tido di rumah atok
sampai kena kejar dengan abah suro balik umah..
ekceli nenek suke masak sedap2 hihi
#9
main kutip tin keliling kampung,
jeburan di longkang2 bersama abang2 seramai 3org .
Roxx!
#10
duet raye dikumpul setiap tahun menerusi kaedah
berjalan2 di setiap rumah di kampung menaiki basikal
total = RM 50++
#11
pernah naek moto seramai 5-6orang.

abah=bawak moto
mak=duk belakang
abang ke3=duk bakul
adik=mak pegang
aku=duk atas kaki kiri abah sambil bergayut pada stereng

#12

masuk kelas cemerlang ntok 5A tapi dapat 4A 1 B je.
Damm inglish!

#13

selalu bagi duet kat abg no 2,
rm10 supaya dia buatkan buaian kat pokok ciku
tapi maen ye tak sampai 15minit pon.

#14

sangat cumil ketika kecil kerana
memiliki pipi yang gebu & tembam.
sepupu belanje aiskrim demi ntok memeluk
dan mencubit pipi.

#15

pernah terfikir nak lari dari rumah
bila kena marah dengan abah.
#16
suke kemas rumah.
sikap terpuji bawa sehingga dewasa.
adekah benar?? hurm..
YES!
#17
permainan kegemaran adalah rounders.
waktu rehat, pasti akan maen dengan geng budak lelaki.
dahi pernah dicap bola.
menanges dalam bilik air sampai kena pujuk
supaya masuk kelas. sakit seh!
#18
paling menci masa latihan gosok gigi
kat sekolah.
mesti nak muntah sbb kena tonyoh dalam2.
#19
cek gigi dengan dr gigi kat sekolah
selalu dapat A.
sukenYa!!
#20
rasie hihi

tamat & selesai


Mereka yang bertuah untuk ditag oleh aku adelah
Ray Jr
Nawez
nazihah
Asma' Ahmad Bahari
Cahaya hidupku