0

the age of PPSMI

Published at 8:38 PM in

"PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2012"

Oh..khabar itu telah diperhebahkan pada dunia dan aku tidak terkejut dengan perkhabaran ini. Semalam sewaktu aku menonton berita bersama kakak, kami bertaruh mengenai hal ini, "Adakah PPSMI akan dimansuhkan?" Jawab aku dengan pasti, "YA!" dibangkang kakak aku yang mengatakan "Tidak!"

Jelas aku tidak terperanjat dan ia seperti yang aku duga. (Boleh jadi nujum pak belalang nih). Kesan secara terus pastinya kepada aku, graduan pendidikan yang bakal menjawat profesion sebagai guru, menjelang tahun hadapan, 2010. Maknanya, 2 tahun aku mengajar di dalam Bahasa Inggeris diikuti tahun seterusnya Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Akan ada masalakah nanti??

Pada aku, bahasa sememangnya menjadi aspek penting dalam menyampaikan ilmu. Merujuk bukan sahaja pada pengalaman yang aku lalui lewat usia latihan praktikal dan mengajar anak2 saudara serta sepupu tusyen, ayat begini selalu menjadi nyayian kurang enak dalam telinga aku.

"Teacher, in malay boleh??"
"Kakak, tak faham la, dalam Bahasa Melayu boleh tak??"

Semalam juga aku menyebutkan syarat yang dikenakan untuk PPSMI dimansuhkan antara lain pemberian tempoh masa. Terbukti sekali lagi, anggapan yang diutarakan realistik. Tempoh ini adalah demi menjaga kepentingan pelajar. Jika 2009 kamu berada pada tingkatan 1, genap 2012, kamu telah dewasa di tingkatan 4. Transformasi mudah, melangkah ke menengah tinggi dari menengah rendah yang memberi peluang kepada pelajar untuk bersedia.

Aku sangat bersetuju secara rasminya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Bagi aku tidak timbul istilah2 Sains dalam Bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami sesudah dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Jika namanya bangsa Melayu, wajib lagikan perlu untuk belajar mengenali bahasa sendiri.

Sekali lagi benak aku bersetuju, mantapkan pengajaran Bahasa Inggeris. Manakan tidak, aku dan kamu telah mula belajar bahasa antarabangsa ini sekurang2nya selama 6 tahun (pendidikan wajib adalah menamatkan persekolahan rendah). Jadi selama 6 tahun, yang aku kira satu tempoh yang lama (kenal pakwe pon tak sampai setahun dah ajak kawen kan?? ), entah dimana lemahnya pedagogi sehinggakan anak2 tidak mahir membaca apatah lagi bertutur. oh~ Memang perlu adanya perubahan yang efektif lagi berterusan.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "the age of PPSMI"