0

episod 3: botol susu CAIR

Published at 10:55 AM in

Acik selesaikan mandi dengan kadar yang segera. Mak selalu berpesan supaya tidak membiarkan Aleya menanges terlalu lama. Khuatir akan menyebabkan dia keletihan dan gangguan emosi kot. Lupa pulak Acik nat tanye kenapa. Aish~~

Sesudah mandi, Acik angkat Aleya yang sedang menunggu di depan pintu bilik air. Kesian pula melihat air mata yang mengalir di pipi anak kecil itu. Segera Acik sapu dan cium bertalu-talu pipi gebu itu. Acik dukung Aleya ke kamar sementara Acik mengenakan pakaian. Susu yang sebelum ini Acik siapkan Acik suakan ke mulut si cumil itu. Bersama-sama, Acik peluk Aleya sambil menonton rancangan yang entah apa tah. Dek kerana keletihan, Acik tertidur di atas lantai beralaskan Toto si kecil itu. Entah bila Aleya tertido, Acik pon tidak tahu. Mungkin melihat Acik tido, Aleya pon tido bermasa petang itu..kroih..kroih..

Jam menunjukkan pkol 5.15 petang. Acik terbau sesuatu di dapur. Takkan ada orang masuk rumah tanpa Acik sedari?? Seingat Acik, pintu semua telah dikunci rapi. Takkan monyet yang sentiasa mengamuk di luar rumah berjaya masuk?? Pelbagai spekulasi dan igauan ngeri bermain di kepala fikiran Acik. Acik biarkan Aleya tido sementara Acik terhendap2 melihat apa yang berlaku di dapur.

"HAA?? ADOI!!", rupa2nya bunyi yang Acik dengar, bau yang Acik hidu datangnya daripada botol susu Aleya yang Acik rebus tadi. Acik terlupa nak matikan api sesudah mandi tadi lantaran tangisan Aleya yang lebey menuntut perhatian. Dari 3 botol yang Acik rebus, yang tinggal satu sahaja. Dua daripadanya telah cair dek kerana air telah kering. Macam mana ni???

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "episod 3: botol susu CAIR"