8

episod 4: oh Tusyen!

Published at 2:04 PM in

Sekejap je masa berlalu. Sedar2 da masuk bulan ke 3 Acik menjadi penganggur. Tapi boleh ke dikatakan Acik ini penganggur? Acik bekerja wat?? Jadi babysitter sepenuh masa. Ah..ditambah pula dengan part time sebagai cikgu Tusyen pada weekends. Banyak betol kerjaya Acik kini hinggakan takde masa nak melakukan aktiviti yang Acik suke lakukan dulu. Takpe la, demi sesuap nasi huhu~ padahal makan, minum, tempat tido sume da siap ada.

Oh..macam mana kerjaya sebagai cikgu tusyen bermula?? Lewat minggu lalu, Acik menghadiri kenduri khawin sepupu Acik. Seorang wanita yang Acik kenali sebagai Anje. Ekceli, dia nih sebaya Acik tapi kini, da mendirikan umahtangga sudah. Tahniah ntok beliaw!! Tapi tuh bukan ape yang Acik nak cerita. Semasa di majlis berkenaan, ramai la bertanyakan Acik. Bila nak menyusul jejak langkah Anje? Macam biasa, Acik tersenggih je sambil berkata, "Ada jodoh, tak ke mana". Ayat skema, jangan di tiru.Oh ini pun bukan apa yang Acik nak cerita.aish~

Terserempaklah Acik dengan kakak sepupu Acik yang bercerita tentang kemerosotan prestasi anaknya di sekolah. Cerita punya cerita, kakak sepupu Acik yang juga bernama Acik mintak tulunglah Acik mengajar anak beliaw subjek yang Acik tak suke, English dan subjek yang Acik suke sikit2, Math. Acik tenung kakak sepupu Acik tuh. Beliaw betol2 berharap Acik dapat mengajar anak beliaw sementalahan Acik pon sorg o lebey tepat bakal menjadi cikgu dan ketidakmampuan beliaw nak hantar tusyen jauh2. Acik pon, dalam rela tapi terpaksa, menerima dengan hati terbuka.

Dan minggu ini, anak2 itu pon datang ke rumah Acik seawal jam 9pagi. Paling sadisnya, Acik terlupa kena ajar tusyen menyebabkan Acik tak la mandi lagi masa anak2 itu sampai. Oh..malunya!! Seingat Acik, ada seorang je. Rupa2nya, ada 3 orang kanak2 yang minta Acik menjadi cikgu mereka.

Ada beberapa masalah yang Acik hadapi. Acik mana tahu nak ngajar budak sekolah rendah. Walaupon mereka hanya Tahun 2 dan Darjah 3 tapi Acik ajar budak Tingkatan. Adoyai!! Acik teruskan juga merujuk buku2 latihan yang dibekalkan Mama mereka. Masalah seterusnya, macam mana pula bayaran yang perlu Acik kenakan?? Ikot jamkah? Subjek kah? Kepala kah?? Acik bingung~

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

8 Response to episod 4: oh Tusyen!

July 7, 2009 at 9:42 PM

whoaa...jadi cikgu BI ngan Math...dasat2...dengan berbekalkan kelulusan Degree in Physics Education, Acik pasti berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna...
Gewd lax, teacher... =)

p/s : mntk yuran mahal2 sket...ikut minit..haha..

July 7, 2009 at 11:29 PM

nuruddin | Ray,
wah..macam tak patot plak mintak yuran ikot minit. da la tak terlatih, bukan profesional lagik..dan anak2 tuh pon tak konpem dapat A pereksa akhir tahun nanti~ adoyai~~

July 8, 2009 at 2:37 PM

ohh soal bayaran tusyen ni ade beberapa aspek yang bole dijadikan kayu ukur..
- bilangan pelajar
- level student
- lokasi tempat tusyen
- tempoh masa mengajar

=)

July 8, 2009 at 7:52 PM

cahaya hidupku,
bilangan pelajar: 3, 4 @ 5
level student: 2B, 3B & 4L
lokasi tempat tusyen: umah sendiri @ klang
tempoh masa mengajar: 9-10.30pagi, 2x seminggu, 4x sebulan

macam ne??? (o.O)

July 9, 2009 at 11:42 AM

ok.tp konfius.
2x seminggu bkn ke 8x sebulan?or mcamane??
ha..lagi satu..bole pilih nk payment ikot bulan or ikot jam..kalo ikot jam mcm lagi untung..sebab ni level kanak2, acik uyul bole tetapkan for example : dlm tempoh sejam setengah ( satu sesi tu) nk RM50..jadi divide kan RM50 tu ikot bilangan student..if rmai, each student will pay less. so cnth : kalo RM50x8 kali sebulan = RM400...bahagi dgn 4 student = RM100 sorang ;)

July 9, 2009 at 1:12 PM

ade 1 tempat tusyen ni..
rm15 1 jam utk pelajar kurang 5org..
tapi ini pusat tusyen..jangan amik bayaran tu plak..kiki..

jgn cekik darah suda..
di samping cari duit poket, cari jugak keberkatan..=)

July 9, 2009 at 1:17 PM

lagi 1..jgn ikut cakap en.ray tu..
amik bayaran ikut minit..
sebab ade minit yg time ko mengajar tu ko tertido krooh krooh..haha

July 9, 2009 at 4:14 PM

cahaya hidupku,
rm100 seorang?? wow! kayo la eden macam neh haha~

angin sepoi-sepoi,
acik pon tak setuju ngan en ray tuh tapi setuju ngan "kaf ba ra kaf alif ta nun" yang cik angin sepoi2 nyatakan. insyallah, acik akan membuat pertimbangan sewajarnya!!