alhamdulillah~ Itulah ucapan pertama yang keluar dari bibir Acik tatkala mendapat berita gembira itu.
Mama selamat melahirkan anak kedua, tentunya secara NORMAL!!
Setelah berhempas pulas mengerah tenaga dan kudrat yang ade, bayi perempuan seberat 3kg berjaya dikeluarkan tanpa sebarang komplikasi serta masalah. Sebagai adik, tanggungjawab baru sedang bermula sekembalinya Mama ke rumah nanti.
Kronologi kelahiran anak2 Mama panjang ceritanya.
Jan 2008:
Nov 2008:
Mama disahkan mengandung anak kedua. Sebenarnya Mama masih lagik tidak bersedia lantaran Aleya yang masih kecil dan luka pembedahan yang masih baru. Tarikh jangkaan kelahiran adalah 17 Julai 2009.
11 Julai 2009:
Mama pulang ke kampung di Bangi. Namun, disebabkan kesakitan yang amat sangat, Mama dimasukkan ke hospital tetapi bukaan Mama masih lagi 1cm. Dr menasihatkan Mama supaya banyakkan berjalan bagi memudahkan proses kelahiran.
12 Julai 2009:
Mak, Acik, Abg Aedo serta family Cik Ah melawat Mama di hospital Kajang. Masih tiada perubahan. Mak memberikan air rebusan akar Kacip Fatimah yang Acik faham mampu memudahkan proses kelahiran. Mak risau sekiranya Mama dibedah untuk kali kedua. Kesan jangka panjang, Mama mungkin hanya mampu mengandung sekali sahaja lagi. Kekhuatiran Mak juga berasas kerana luka pembedahan Mama baru cukup setahun. Risau jika pembedahan berlaku, luka akan menjadi teruk.
13 Julai 2009:
Menjelang tengahari, bukaan menjadi 3cm. Darah telah keluar dan bila malam tiba, air ketuban telah pecah.
14 Julai 2009:
Tepat jam 2 pagi, Mama berjaya melahirkan anak secara NORMAL. alhamdulillah~
1 Response to episod 7: sakit kedua sakit
hadis rasullullah s.a.w berbunyi:
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
semoga manusia bergelar wanita mendapat peluang dan menghargainya. amen~!
Post a Comment