All readers,
Ketemu lagi kali ni dengan review tentang novel Ramlee Awang Murshid bertajuk "Satu Janji". Pada pandangan aku, tulisan beliaw kali ini lain daripada kebiasaannya, ia lebey banyak menceritakan tentang realiti kehidupan seseorang yang bergelar anak yatim melalui watak Luqman.
Nak tahu lebey lanjut? Baca sinopsis kat bawah nih.
Balas dendam, pencaian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah janji yang melingkari hidup Luqman. Begitulah janji Luqman yang tidak sekali-kali berundur walaupun banyak rintangan dan cabaran, yang menjadi liku kehiduan, penuh ranjau dan duri.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kerana cinta Luqman berjanji untuk mengenali wanita itu. Dan kerana janjiitulah Luqman melamar Adelia. Luqman dan Adelia kemudian diijabkabul. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan dihadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang belum terungkai.
Aku baca novel ini lebey daripada 2 kali sbb ia sangat memberi kesan. Jalan ceritanya simple tetapi penggunaan plot yang menarik
Bagi sesiapa yang nak mendalami hati seorang lelaki, novel ini memberi peluang kamu merasakan letak egonya seorang lelaki dan bagaimana mereka menonjolkan perasaan sayang kepada wanita yang disayangi dalam erti kata yang sebenar.
No Response to "Satu Janji"
Post a Comment