0

episod 2: "PANDAINYA!!!!"

Published at 8:50 AM in

"Da..", kata Aleya apabila beliau selesai mandi.
"Da..angkat tangan..PANDAINYA!!!", arah Acik sambil mengelap seterusnya membungkus badan Aleya yang kebasahan itu. Biasanya begitu. Aleya akan mengangkat tangan untuk Acik bungkus badannya setelah mandi.
Sebagai pengasuh a.k.a babysitter kepada Aleya, Acik mengerti segala tindak tanduk dan tutur kata yang diucapkan kepada Aleya akan menjadi ikutan dan perangsang untuk Aleya belajar tentang banyak perkara mengenai hidup.Acik teringat dulu, sewaktu Aleya mula2 belajar menyebut Mama, Papa, Atok dan Nenek. Lucu rasanya bila mengenang kembali peristiwa itu. Aleya tidaklah terus pandai menyebut Atok. Sehingga kini, beliaw masih memanggil Atok dengan panggilan Tatok. Susah benar agaknya menyebut "Aaa".

Setelah siap memakaikan Aleya baju, Acik bergegas mengemas rumah. Menyapu mana yang berhabuk, mengelap mana yang kotor, mengemas mana yang bersepah. Sepeninggalan Atok dan Nenek mengerjakan umrah bersama Ibu dan Ayah, Aleya dan Acik berdua kini di rumah. Sedih kadangkala mengenagkan hidup sebagai penganggur. Walaupun Mama tetap memberikan upah mengasuh Aleya namun sebagai remaja yang kini berganjak dewasa, Acik mengerti, hidupnya kini tidak sebebas burung terbang siang; mencari ulat2 di atas dahan pokok atau ikan2 kecil yang berenang riang di celahan batu. Namun, hidup perlu diteruskan kerana tanggungjawab yang dipikul bukan seringan mana. Mendidik anak orang tuh!!

Selesai menyediakan makanan tengahari untuk kami berdua berupa sup dimakan bersama nasi, Acik pun mula makan bersama Aleya.
"Aleya, basuh tangan dulu, sayang", arah Acik sambil mendukung Aleya ke sinki dan seperti kebiasaannya Aleya menghulurkan tangan. Selesai cucian, Aleya duduk menghadap hidangan tengahari itu.
"Baca doa dulu, Aleya", arah Acik sambil Aleya mula menadah tangan mengaminkan doa makan yang Acik baca.
"Amin..da, Eya makan". Aleya mula mengambil secubit nasi yang entah ada berapa ketul nasi. Disuakan ke mulutnya, namun barang 2 atau 3 ketul sahaja yang berjaya masuk ke mulutnya. Begitulah Aleya seperti hari2 yang lalu. Masih belajar mengenal tangan kanan dan kiri. Mengenal Rice dan Fish atau Chicken. Namun yang pasti, Aleya tau ape ituh Sit dan Up. Sebagai ibu saudara, Acik mengerti, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah dalam mempelajari Bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa antarabangsa. Penting untuk menyediakan Aleya, generasai akan datang dengan kemahiran bertutur, menulis dan membaca bahasa selain bahasa ibundanya, Bahasa Melayu.

Comot betul Aleya makan. Semuanya ingin dilakukannya sendiri. Dari minum menggunakan cawan, makan menggunakan sudu dan garpu sehinggalah mengambil lauknya sendiri. Dari satu sudut, Acik kagum dengan semangat ingin belajar yang ditonjolkan Aleya namun dari aspek yang laen, "Ah..banyaklah keje Acik nak buat nih!!", bisik Acik sendirian.

Selesai makan dan mengemas sisa2 makan Aleya, Acik pon bersedia untuk memandikan Aleya buat kali kedua. Siap segalanya, masa untuk Acik mandi pulak!! Sementara Acik mandi, Acik biarkan periuk berisi botol2 susu Aleya direbus diatas dapur. Tujuannya satu je, untuk mencegah kuman serta membersihkan kekotoran yang sukar untuk dicapai lagi2 yang berada di dasar botol Aleya yang boleh memuatkan sehingga 9oz. Acik biarkan Aleya menonton TV. Sedang Acik syok mandi tetiba kedengaran pintu bilik air diketuk. Sape lagik?? Aleya la tuh. Takkan la nak sekodeng Acik mandi nih??? Sambil menangis, Aleya mengetuk pintu bilik air memaksa Acik menyudahkan proses membersihkan diri dengan segera. Apa yang berlaku seterusnya?? Ikuti episod akan datang~

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "episod 2: "PANDAINYA!!!!""