1

kembali ke sekolah bersama cikgu jelita yang baek hati (◕‿◕✿)

Published at 9:47 PM in


Sudah!! Cuti sekolah sudah berakhir. Minggu terakhir yang aku fikir mahu menghabiskan sisa-sisa percutian dengan melancong, tamat sudah *sila menyesal sekarang* oh~ Hari-hari terakhir tahun 2009 diisi dengan masa ke sekolah sepanjang masa. Bukan sebagai guru yang menyelaraskan skrip-skrip jawapan SPM, okei~d|-_-|b

Sebagai guru yang berdedikasai dan berhati cekal, aku menghadiri mesyuarat yang tak sudah-sudah banyaknya. Mesyuarat Pengurusan 2010, Mesyuarat Guru 2010, Mesyuarat Kurikulum 2010, Mesyuarat Kokurikulum 2010, Mesyuarat HEM 2010, Mesyuarat Kelab Guru 2010, Mesyuarat Pendaftaran Tingkatan 1 & Mesyuarat Keibubapaan, Mesyuarat Panitia dan entah apa lagi mesyuarat yang bila dihitung, mengambil masa 4 hari untuk disudahkan

Setelah dihitung-hitung, aku mengajar sesi petang untuk anak didik yang cumil-cumil tentu saja mendapat guru yang jelita seperti aku. Hoyeah!! Matematik *1Luhur, 1Harmoni, 2Jujur, 2Kreatif*, Sejarah *2Ikhlas, 2Berusaha* dan PJK *2Amanah,2Berusaha* adalah subjek yang bakal aku sampaikan dengan berhemahnya. Jika mengikut kalkulator saintifik aku, aku bakal mengajar untuk 28masa dalam seminggu *selalunya dalam 25masa*
(╥_╥)

oh~ Tanggungjawab lain bakal dipikul juga tetapi sudah pasti tidaklah seperti rakan-rakan aku yang majoriti ditimpa-timpa dengan beban tugas yang banyak. 3 tanggungjawab berkenaan merupakan guru tingkatan 1 Luhur *musti cumil-cumil macam aku haha*, guru pembimbing Kadet Remaja Sekolah *berganding bahu bersama abang ipar aku haha *ketawa sekali lagi** juga pembantu pengurus headcount.

Semoga aku berjaya dengan cemerlang ya!! ٩(-̮̮̃•̃)۶ terus dapat jadik cikgu cemerlang. Hoyeah!!

0

aku tidak mahu seligkuh maka lupakan aku

Published at 8:47 PM in

Aku berperasangka buruk sekarang. Aku berharap lelaki itu tidak wujud dalam hidup aku sekarang lagi kerana aku sudah lupa kewujudan dia sejak hari pertama lafaz itu bertaut. Apa tujuan dia begitu mengambil kisah hal aku?? Terus terang, aku tak perlukan itu dan aku berharap ia tak berterusan begitu (╯︵╰,)

Sudah. Lupakan kisah semalam dan aku berharap kamu tidak lagi berperilaku sedemikian lagi. Kamu pernah berpersepsi buruk tentang aku maka jangan biarkan aku mengulangi kesalahan sama terhadap kamu. Ingatan tulus ikhlas dari aku.

4

couple double is trouble: menjadi tajuk filem untuk menang award

Published at 10:30 PM in

Tahun baru 1431H yang menjelma ini menyaksikan pelbagai filem yang belum ditayangkan di Malaysia telah menjadi tontonan aku. Check it out, okei~

--------------------------------------------------------------------
Lokasi:Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang
Tarikh tayangan:18 Disember 2010
Tempoh tayangan:30minit

Klasifikasi:18SG-aksi ganas dan syahdu
Pelakon: suami isteri dan orang ramai
Komentar:
Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengadakan tayangan umum di kawasan awam mengenai perselisihan faham mereka. Aku menyaksikan pertengkaran mereka di depan mata aku sendiri tatkala adik aku memakir kereta betul-betul di hadapan sesi pertengkaran tersebut sedang berlangsung. J
erit pekik keduanya benar-benar menarik perhatian orang ramai untuk menyaksikan lakon layar terbaik tahun ini beraksi. Aku yang duduk di dalam kereta segera menutup mata Aleya lantaran tidak mahu anasir-anasir tidak baik mempengaruhi pemikiran si kecil berkenan almaklumla ia adalah filem 18SG. Jerit pekik, tendang menendang dan lempang melempang antara suami isteri berkenaan berkisarkan terjahan si isteri tentang suaminya yang berkhawin lain. Dalam sedu sedan, si isteri menerajang suami dengan pukulan ala-ala manja dan dibalas suami dengan sepakan-sepakan sayang.

--------------------------------------------------------------------
Lokasi: Jauh
Tarikh tayangan: hold
Tempoh tayangan: 2tahun
Kalsifikasi: U-cinta

Pelakon: Mr A, Miss L dan Cik H
Komentar:
Filem ini tiada kesudahan sewaktu aku menontonnya baru-baru ini. Ia mengisahkan seorang jejaka tampan dan menawan, Mr A yang sudah berkasih sayang bersama Miss L sejak 4tahun yang lalu. Perhubungan mereka sangat harmoni sehinggalah muncul Cik H yang jatuh cinta pandang pertama terhadap Mr A
. Lantaran kebaikan yang ditonjolkan Cik H terhadap Mr A, dalam diam Mr A berkasih sayang terhadap Cik H tanpa pengetahuan Miss L. Apakah kesudahan cerita ini?? Sama-sama kita tunggu, okei~

--------------------------------------------------------------------


bees love honey

Soalan: Adakah lelaki menikmati kehidupan apabila mempunyai 2 kekasih atau isteri untuk disayangi?

4

hari bergumbira *(^.^)* lalala~~

Published at 10:59 PM in

Wanyie & Fauzie
selamat diijabkabulkan sudah.
kepada kawan2 aku yang laen,
tolonglah jangan tanya aku bila, okei~
walaupon aku pengapit paling jelita dan besh
tapi
aku penat juga nak menjawab soalan ituh
dan
terima kaseh juga mendoakan aku segera
melangsungkan hari bahgia aku.
*tenkiu! tenkiu!*


























3

bergosip di parti bujang milik wanyie

Published at 8:35 PM in

Semantara ada kudarat dan kesempatan masa, kami akhirnya diketemukan dalam suasana ceria penuh warna-warni di pusat membeli-belah terkemuka, MidVallay. hoyeah sangat suke Parti bujang yang diatur demi rakan terchenta, Wanyie yang bakal melangsungkan majlis pernikahan beliaw Sabtu 12 Disember 2009. Mari melihat shot-shot yang hot daripada kami, okei~


watak utama: wanyie berbaju belang coklat putih


watak tak maced: cda, (tudung oren) yang kurang membesar


watak penting: uyul, si cekgu yang jelita lagi baek hati
dan balqis, si pelajar master yang bijak



watak kurang penting: anom, (tudung putih) si minah kecoh
yang perasan cumil. yerks~



watak ayu: nina (tudung itam) yang maintain vouge

Aku dengan ini mengucapkan selamat berbahgia kepada watak utama pada hari tersebot dan selamat datang ke kelab mak-mak dara. Semoga cepat menimang anak dan cucu..in future~~