4

couple double is trouble: menjadi tajuk filem untuk menang award

Published at 10:30 PM in

Tahun baru 1431H yang menjelma ini menyaksikan pelbagai filem yang belum ditayangkan di Malaysia telah menjadi tontonan aku. Check it out, okei~

--------------------------------------------------------------------
Lokasi:Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang
Tarikh tayangan:18 Disember 2010
Tempoh tayangan:30minit

Klasifikasi:18SG-aksi ganas dan syahdu
Pelakon: suami isteri dan orang ramai
Komentar:
Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang mengadakan tayangan umum di kawasan awam mengenai perselisihan faham mereka. Aku menyaksikan pertengkaran mereka di depan mata aku sendiri tatkala adik aku memakir kereta betul-betul di hadapan sesi pertengkaran tersebut sedang berlangsung. J
erit pekik keduanya benar-benar menarik perhatian orang ramai untuk menyaksikan lakon layar terbaik tahun ini beraksi. Aku yang duduk di dalam kereta segera menutup mata Aleya lantaran tidak mahu anasir-anasir tidak baik mempengaruhi pemikiran si kecil berkenan almaklumla ia adalah filem 18SG. Jerit pekik, tendang menendang dan lempang melempang antara suami isteri berkenaan berkisarkan terjahan si isteri tentang suaminya yang berkhawin lain. Dalam sedu sedan, si isteri menerajang suami dengan pukulan ala-ala manja dan dibalas suami dengan sepakan-sepakan sayang.

--------------------------------------------------------------------
Lokasi: Jauh
Tarikh tayangan: hold
Tempoh tayangan: 2tahun
Kalsifikasi: U-cinta

Pelakon: Mr A, Miss L dan Cik H
Komentar:
Filem ini tiada kesudahan sewaktu aku menontonnya baru-baru ini. Ia mengisahkan seorang jejaka tampan dan menawan, Mr A yang sudah berkasih sayang bersama Miss L sejak 4tahun yang lalu. Perhubungan mereka sangat harmoni sehinggalah muncul Cik H yang jatuh cinta pandang pertama terhadap Mr A
. Lantaran kebaikan yang ditonjolkan Cik H terhadap Mr A, dalam diam Mr A berkasih sayang terhadap Cik H tanpa pengetahuan Miss L. Apakah kesudahan cerita ini?? Sama-sama kita tunggu, okei~

--------------------------------------------------------------------


bees love honey

Soalan: Adakah lelaki menikmati kehidupan apabila mempunyai 2 kekasih atau isteri untuk disayangi?

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

4 Response to couple double is trouble: menjadi tajuk filem untuk menang award

December 22, 2009 at 7:13 AM

atau adakah lelaki cepat bosan? err..

December 22, 2009 at 7:25 AM

bile nak release muvie kedua tu???
nice~
hahaaha... :P

December 22, 2009 at 2:41 PM

Asma' Soleha,
..atau lelaki sukakan cabaran kehidupan dalam bentuk masalah?

nuruddin | Ray,
muvie tuh tengah hold. mungkin kat malaysia takkan release kot khuatir menjadi ikotan ramai. kalau nak menonton, donlot la kat utube ek~

December 23, 2009 at 7:27 AM

muvie kedua tu nak doload katne??
hihihih...