3

tahniah! selamat berbakti ya!~

Published at 8:22 PM in

Bulan Disember menjelma sudah. Siapa sangka sebulan sudah aku memulakan kerjaya dengan mudah dan bersenang lenangnya. Minggu-minggu terakhir di sekolah selama seminggu aku memang makan gaji buta betul. Patutlah KPM berniat mengambil pengawai perkhidmatan pendidikan menerusi saringan yang maha ketat lantas untuk mengelakkan kami ini duduk goyang kaki di meja guru sampai penat. oh! i got it~

30 november 2009 tarikh yang aku harus ingati sampai mati. Hoyeah!! Struktur kewangan aku officially
perlu dirangka. Ramai orang yang sedar, makna di sebalik gaji pertama dengan harapan wang yang masuk dapat digunakan dengan baik dan bermanfaat. Di sini juga, aku ingin menggucapkan tahniah dan syabas yang tidak terkira banyaknya kepada kakak kerani iaitu kak Sham dan kak Sue kerana telah menguruskan urusan gaji aku dengan begitu sempurna sekali tanpa ada apa-apa masalah yang rumit lagi mengedikkan.

oh! masyarakat rata-rata beranggapan bahawa guru-guru yang baru ditempatkan memerlukan sehingga 3 bulan (kebias
aannya. ada juga sampai 6 bulan) untuk menunggu gaji pertama mereka. Akan tetapi, berkat kerajinan dan hemat bekerja yang tinggi, spekulasi dan omangan ini (alhamdulillah) tidaklah berlaku di sekolah aku ditempatkan. Sekali lagi, Tahniah dan Syabas, kakak sekalian!!


katakan sayang kepada duit a.k.a wang! yey!!

Imbuhan aku mungkin tidak sebesar mana tetapi aku bersyukur seadanya. ingin sekali berkongsi rezeki Allah ini dengan semua yang aku kenal dan sayang tetapi apakan daya, "jangan pernah minta saya belanje okeh~ hahaha *hari yang gembira*"

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

3 Response to tahniah! selamat berbakti ya!~

December 8, 2009 at 2:35 PM

wa...da dapat gaji??
tahniah le...jeles2x...

December 8, 2009 at 10:17 PM

Suryani,
kamu pon bakal dapat. tahniah juga~
:)

December 21, 2009 at 7:21 AM

blanje! yeye