5

episod 5: pertengkaran yang tidak disukai

Published at 7:07 PM in

Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dalam ngantok yang masih bersisa, Acik bangkit untuk melihat kekecohan di luar bilik. Aleya menangis minta perhatian sementalahan Mama dan Papanya sebuk bersiap2 ke tempat kerja dan klinik. Acik ngantok lagi, lantas terus ke pembaringan semula.

"Uyul, bangon! bangon!", kejut kakak Acik.
"Nape??", dalam mamai Acik bertanya.
"Ko tengok la abg ko kat luar tuh. Ada monyet gado!!", bising kakak Acik merujuk kepada suaminya yang sedang menghalau monyet yang sedang memekak di parking umah.

Acik menjenguk dari sebalik langsir. Ternyata memang ada 2 ekor monyet sedang bertengkar. Berebutkan betinakah?? Atau berebutkan kawasan mencari makanan?? oh~ Acik ketakutan dan seharusnya Acik berasa takot. Sudah seringkali Acik dikejar monyet dan Acik bertaubat membiarkan sahaja mereka bermaharajalela di luar rumah ketika Acik sendirian di rumah bersama anak kecil bernama Aleya.

Monyet2 itu seringkali menjadikan rumah Acik kawasan lepak mereka. Sehinggakan abah malas untuk bercucuk tanam di kawasan lapang di belakang rumah. Sejak kawasan sekitar dibangunkan dengan pelbagai projek perumahan, sememangnya kawasan rumah Acik menjadi sasaran kerana di situlah terdapat pokok2 buahan yang liar tanpa jagaan sesiapa berhampiran rumah Acik. Mangsanya, mereka yang berada di sekeliling kawasan itu termasuklah rumah Acik. Kawasan lapang di belakang rumah yang abah pernah berura2 untuk menjadikan padang golf kini menjadi tempat para monyet-monyot bermain dan berjogging. Atap rumah Acik seringkali berdentam dentum walaupun tiada kilat di langit lantaran hebatnya mereka berpesta di atas rumah. Manakan tidak Acik berasa takot tinggal sedirian di rumah khuatir mereka masuk dan mencederakan Acik dan Aleya.

Pekikan monyet2 itu tidak berhenti-henti sehingga Papa dan Mama Aleya keluar pagi itu.
Dari tingkap bilik, Acik melihat seekor monyet melarikan diri manakala seekor lagi merintih kesedihan.Pipinya terkopak suda. Darah merah pekat mengalir keluar. Tangannya Acik kira patah lantaran ketidakupayaannya untuk memaut tiang di tambah kesan luka yang dalam menitiskan darah di lantai parking rumah. oh~ Mengapakah kejadian ini harus berlaku di pagi2 hari sebegini??

Acik ketakutan. Aleya mendangkap kemas Acik. Apa yang harus Acik lakukan??

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

5 Response to episod 5: pertengkaran yang tidak disukai

July 10, 2009 at 8:06 PM

hm..ape kate ko bela je monyet2 tu..
confirm jinak pastu..
nanti bole la main sesama..makan sesama..tido sesama..
nnti g dating boleh bwk sekali..

bgus tak cdgn aku...?

July 11, 2009 at 12:45 AM

xde manenye dating nak bwk monyet...itu namanye cinta monyet...hahahah... :p

July 11, 2009 at 1:28 PM

cikwana,
entahla..tatau nak wat macam ne. nak bela nanti anak buah aku jeles plak kalu kaseh sayang aku tertumpah pada mereka2 tuh. bak kate pepatah, anak di rumah ditinggalkan, monyet di utan disusukan..hm~ gitula.. (".)

nuruddin | Ray,
ape salah ye dating bawak monyet. bley jadik boduguard. hurm..menarek nih hihi~

July 14, 2009 at 9:50 PM

wahahah... deting bawak monyet..t pesan ape2 makan n minum monyet yg tolong habiskan..hehe

July 14, 2009 at 10:30 PM

Cik As,
monyet a.k.a bodyguard. jadik beliaw kene mengerti tugas dan tanggungjawab sebagai bodyguard hihi