0

perut kenyang tapi hati maseh susah

Published at 7:42 PM in

Ya!! Perut aku sudah kenyang sekarang tapi natijahnya mata mahu lena disorongkan bantal empuk. Ya!! Sangat letih dan mahukan tidur yang lena tanpa gangguan tangis si kecil Amila dan Aleya di siang hari. Dush!! Sedar di alam nyata untuk ke sekian kalinya. Mana ada tidur yang lena sekarang Anak bangsa itu porak porandakan hidup aku hari ini. Semalam menerima ucapan selamat berusaha dan semoga berjaya dari makcik-makcik yang aku kira benar jika dipanggil nenek.Sementalahan mereka baru saja mengetahui aku sedang membangunkan modal insan di kampung sendiri yang terkenal dengan sikap insan-insan yang nakal lagi malas.

Usai Jumaat lalu, majlis perpisahan bersama mantan penyelia petang, beliau sempat menitipkan kata-kata semangat untuk aku berusaha keras lagi. Katanya, kerja biar ikhlas, insyallah akan dibantu atas sana: sambil jari telunjuk menunding syiling kelas *almaklumlah tiada dewan, majlis dibuat di dalam kelas dibuka-buka*

Lewat dua minggu lalu, rakan sejawatan aku sudah mula menaikkan jemari halusnya ke muka pelajar. Tidak hampir lama kemudian, buku SPBT pula menjadi tamu tidak diundang longkang berwarna hitam pekat bagai kopi perasa payau Terus terang, kami sesama rakan sejawat berbincang bagaimana denda paling wajar dan terkesan dalam sanubari budak *baca: pelajar*

Air mata aku juga sudah tumpah beberapa hari yang lalu tatkala memikirkan dunia hadapan mereka. Oh! Aku perlu cekal! Tapi jujur lagi ikhlas dalam sanubari, aku tidak tahu bagaimana.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "perut kenyang tapi hati maseh susah"