Manusia mudah lupa! Acik salah seorang dalam golongan tersebut. Bukan mudah sebenarnya untuk menjejakkan kaki walau sehari pun di kampus UTM. Hatta untuk urusan penting. Dokumen penting yang harus Acik bawa pulang sekembalinya Mak, Abah dan Abg Ido lewat petang 17 Ogos tak juga kunjung tiba ke teratak usang Acik di Klang. Transkrip Ijazah Sarjana Muda Acik masih di kampus tercinta. Oh!
Mungkin sibuk merakamkan kenangan terindah bergelar graduan UTM menyebabkan medula oblagata Acik tidak kesampaian menyelesaikan urusan rasmi teresebut. Kisahnya, kamu pulangkan jubah pinjam itu, kamu dapat transkrip kamu. Oh! Bagaimana boleh terlupa hal satu itu??
(Nisa sudah ingatkan lewat pagi sebelum pulang ke Klang. aish!) Mungkin hati Acik kepingin mampir ke sana berjumpa mereka2 yang tersayang
atau mungkin Ain tidak redha Acik meninggalkannya sendirian tanpa roomate?
Mungkin! Kebarangkalian itu tetap ada.
Tidak mengapa. Hati Acik bukannya memberontak ingin menatap keping2 kertas itu sekarang. Tambahan pula, potret konvokesyen Acik yang dirakamkan kamera mahal di dalam Dewan Sultan Iskandar masih dalam proses cucian. Namun, hati gusar juga apatah lagi membaca amaran keras pihak Pejabat Pengurusan Akademik UTM bahawa transkrip yang penting lagi penting hanya keluar sekali saja. Oh!
Yakinlah pada kuasa yang diberikan kepada insan itu. Terima kasih~!
Potret yang dirakam sampai lupa mengambil transkrip. Aish~
10
episod 15: nama pun manusia
Published at 6:36 PM in ceritera
Related Posts
Post Details
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Response to episod 15: nama pun manusia
excited konvo yea??xpe2 sume org yg konvo merasakan yg sama hehe..
sy tidak konvo lg...lambatnyer... :P
Cahaya hidupku,
haha..terlalu excited kot. 5 hari duk UTM tapi tak ingat lagsung
;p
nuruddin | Ray,
mereka2 yang tak konvo, sila bertingkah laku seperti mereka2 yang tak konvo lagik ek haha
:D
wah! saya sudah bermimpi mimpi berkonvo bersama topi dan jubah gemuk. huhu
eh xleh bla gambar last macam kanak2 riang je.haha
sebok je paten... :P
fatin nazihah ashari,
sudah bermimpi?? tak lama lagik la tuh. selalunya mimpi yang telah diceritakan akan jadik kenyataan (^_^)v
nuruddin | Ray,
kanak2 riang takle berumahtangga kan?? haha
ni da terlebih excited ni..
smpi transkrip pun leh lupe..
wanyie,
saje je kot lupe. nak datang utm semula kah?? haha
da amik transkrip lom nih?hihi
ain comeyl,
blom lagik hukhuk :((
Post a Comment