3

cream caramal

Published at 2:21 PM in

Bahan untuk Gula Hangus (A):
1/2 cawan* gula pasir
1/4 cawan air

Bahan untuk Puding (B):
700ml susu penuh krim** / susu tepung campur air (jadikan anggaran 700ml)
3/4 cawan gula
sedikit esen vanila
1 sudu makan tepung kastard
7 biji telur

Cara membuatnya:
1
Satukan bahan A di dalam loyang bulat / sebarang acuan.*** Masak dengan api paling perlahan. Biar gula hancur dan menjadi keemasan. Angkat dan biarkan kira-kira seminit / sehingga gula hangus sejuk.
2
Satukan bahan B, gaul (jangan dipukul) sehingga gula hancur kemudian tapis adunan. Pastikan adunan tidak berbuih-buih. masukkan ke dalam loyang yang telah ada gula hangus tadi.
3
Kemudian, kukus 15 hingga 20 minit. Sejukkan dan sedia dihidang.

*Aku guna cawan untuk minum air panas.
**Aku guna susu cair jenama F&N.
***Pastikan loyang berkenaan cukup untuk dimuatkan ke dalam periuk pengukus.

p/s: Lebih sedap kalau dibiarkan dalam peti sejuk. Ia akan lebih berkrim dan disukai ramai.(sumber: Majalah Wanita edisi 17-23 Okt 08)

Selamat mencuba!!

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

3 Response to cream caramal

August 28, 2009 at 4:06 PM

mengapakah suke post tentang makanan di bulan puasa sebegini. tsk T.T

August 28, 2009 at 4:10 PM

lenkali pos la siket....=p

August 28, 2009 at 4:51 PM

fatin nazihah ashari,
supaya kamu pon mencuba resepi ini. sedap dimakan kala berbuka. nyumnyum~
:D

Suryani,
haha..bagaimanakah caranya? tunggu la bila berjiran nanti. hari2 ade resepi baru sampai ke umah huhu~