Adoi! Terkesima sekejap melihat "rumah" yang sunyi lagi sepi ini. Sibuk bukan alasan tetapi kekangan waktu melunturkan semangat untuk menjalin sayang dalam "rumah" ini. Speninggalan mencari rezeki demi kesenangan masa depan dan fitrah manusia yang sebegitu. Maka, lengkap sudah 2 minggu bergelar guru baru dengan gred DC41 merujuk kepada guru sandaran siswazah terlatih. Sabar kalian! Aku masih tiada gaji dan masih tidak tetap menjawat jawatan guru.
Seperti biasa, "Saya yang menurut perintah!" menjadi igauan siapa-siapa yang bergelar penjawat awam. Bunyinya seperti aku dirasuk satu kuasa ghaib yang meminta aku sentiasa tunduk terhadap perintah dan kebesaran itu. Oh! Ia hanya bukti agar aku sentiasa cekal mendidik dan menjadi agen membina modal insan negara. Produktif sungguh jawatan aku hari ini.
Rata-rata, aku ketemu kaum keluarga seperti yang aku canangkan sebelum ini. Jiran, anak buah dan muka-muka bersih yang tidak mahu menunjukkan belang tatkala khuatir laporan akan segera sampai ke rumah mereka tentunya dari aku! Namun, di sudut hati paling dalam pernah aku ada, simpati menerjah, kasihan menyelinap melihat naka-anak kampungku bagaikan tiada panduan untuk meneruskan hidup lantaran dibelengu motivasi yang rendah juga kemalasan belajar dan menelaah.
7
menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena
Published at 7:16 PM in sekolah aku surga aku
Related Posts
Post Details
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Response to menjadi perhatian tatkala perut masih lapar dan tekak terlalu haus: ubatnya tidur yang lena
Semoga menjadi cikgu yang berdedikasi ye cik uyul heheh
bukan ke DG41??
wahh..tahniah! semoga kehadiran cikgu nurul kat sekolah tu boleh membuatkan saudara mara dan anak2 jiran lebih tumpukan pelajaran dan kuras nakal..
dulu masa sek rendah, mak saya jadi ajk pibg, jadi saya sangat takut nak buat salah..takut cikgu2 direct inform kat mak saya kalau saya nakal..huhuhu!!
CikWana...nak jawab bagi pihak CikUyul ley?
sekarang still DC41...bile dah sah baru DG41...
KJ-kun,
terima kasih di atas doa kamu. selamat juga kepada kamu. semuga menjadi pekerja yang mantap!! (^^)
cikwana,
tidak. NISA_143 sudah jelaskan. gred gaji pon berbeza tahu?
Mohd Naim,
teruskan mendoakan saya. terima kasih!!
oh~ nakal rupanya ketika kecil sewaktu masa dahulu hihi
NISA_143,
boleh. silakan haha
rase sedih bile bace.. T_T semoge cekgu uyul sentiasa besabar dalam usehe mendidik anak bangse.. :)
Post a Comment