Acik terkedu seketika. Bagaikan ada sesuatu tersekat di kerongkong. Apa yang harus Acik kata??
Sememangnya doa itu makbul hingga terus ke langit tujuh
tanpa ada perhentian seperti R&R Ayer Keroh yang sering Acik singgah tatkala pulang ke kampus UTM sewaktu ketika dahulu. Dalam kerendahan rasa hati, terima kasih di atas pemberian ini tatkala ramai lagi yang masih tiada hala tuju mahupun terpisah jauh dek Lautan China Selatan.
Namun, kejadian manusia; tentu mengharapkan yang difikirkan baik tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Justeru itu, pilihan pertama adalah yang terbaik
(Pak cik Acik berkata, mahu tukar ke sekolah mana?? Haruskah Acik mengambil peluang ini??
)
Suatu waktu dahulu, Acik juga tidak tahu kemana harus pergi sesudah SPM. Lantas pilihan pertama menjadi kenyataan.
Sejurus itu, ke mana harus pergi sesudah matrik. Pilihan pertama juga jadi realiti.
Kini, hal yang sama bukan lagi angan-angan.
Ia kehidupan yang perlu ditempuhi. Sememangnya nasihat mereka yang lebih berusia wajar diambil tauladan kerana mereka tentu tidak mahu kesusahan mereka menjadi kemelaratan kita. Sekali lagi Acik bersyukur.
SMK Rantau Panjang, Klang. Dalam benci tapi redha, Acik akan mampir kesana tanggal 26Oktober09. Bukan sebagai pelajar, malahan guru yang memikul tanggungjawab anak bangsa. Sekolah yang hanya 10minit dari rumah Acik ini merupakan sekolah yang tersangat lalu hampir dengan rumah dan doa Acik bukan di sini. Apakan daya, doa mereka terus ke langit tujuh.
Kuatkan hati dan semangat menghadapi kaum keluarga dan sanak saudara di sana. Mari doakan untuk Acik, agar doa2 kamu juga terus ke langit tujuh.Amin.
7
episod 19: doa mereka terus ke langit 7 (episod terakhir)
Published at 8:17 PM in ceritera
Related Posts
Post Details
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Response to episod 19: doa mereka terus ke langit 7 (episod terakhir)
"Sekolah yang hanya 10minit dari rumah Acik ini merupakan sekolah yang tersangat lalu hampir...."
Ayat ape tu, cikgu?? Kalau terlalu sangat hampir fahamla saye...hihihi... :P
nuruddin | Ray,
sebab nak menunjukkan ia tersangat dan terlalu dekat haha
:D
hahaha.. congrats chekgu!! :D
tahniah! takpe, nanti dah lame sikit mesti boleh transfer ke sekolah impian. skali dapat SDAR, hahahah
nawez,
terima kaseh, sayang~
hahaha (T__T)
fatin nazihah ashari,
yeah. wish me luck!!
:D
SDAR tuh sek pe??
sekolah dato abdul razak
all boys
sekolah tip top di NS
gempak kann? hari2 kene ngorat dengan students haha
hi...tahniah cik nurul...
dapat dekat sanngggaaat dengan rumah yea...
dapat la save money nanti kan...boleh cepat kawin..hahaha
Post a Comment