5

episod 18: Siapa kata?

Published at 5:39 AM in

Siapa kata Penantian bukan satu penyeksaan? Acik bantah sekeras2nya kerana hakikatnya menanti memang memeritkan dan tambah sakit jika apa yang dinanti tak kunjung2 tiba atau membawa perkhabaran duka. Oh, tambah kecewa!! Namun, Acik juga sedar, bukan semua yang Acik kehendaki akan Acik perolehi lantaran realitinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Acik sementalahan diberikan ujian sebegitu. Menanti itulah yang Acik lalui hampir 5bulan bergelar si penganggur~

Siapa kata
Jadi guru itu mudah?? Sekali lagi Acik berdiri tegak bagaikan laksamana di medan debat menafikan patah2 perkataan berkenaan. Mentaliti lapuk dan kolot ini perlu diubah! Menyoroti liku perjalanan sebagai graduan pendidikan, Acik antara manusia2 yang sebenarnya bertuah dipilih berada dalam kelompok ini. Untuk menempatkan diri dalam kelompok mahasiswa pendidikan juga telah menjadi cabaran yang maha dasyat bagi sesetengah orang walaupun berbekalkan keputusan yang cemerlang. Menyingkap pengalaman, seorang anak teruna yang menjadi pelajar cemerlang di politeknik dengan anugerah yang macam2 terpaksa merayu untuk berada di dalam kelompok ini belum lagi dikira ratusan pelajar dengan CGPA dekan yang gagal berada di sini.

Jalan berliku ini berterusan semasa memohon biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengukuhkan tempat seterusnya menjamin hari muka dengan profesian perguruan. Ramai lagi kecundang apabila ujian bertulis dan temuduga umpama tembok besar yang payah ditembusi. Graduasi dengan ijazah dalam bidang ini tidak lagi menjamin Acik dapat mengisi kekosongan yang dikatakan banyak. Ujian dan temuduga sekali lagi menjadi penghalang. Gagal tiada ihsan untuk kamu berada di dalam ruang ini.


Dugaan menjadi pendidik lebih hebat lagi. Melayani
karenah pelajar, pentadbiran, rakan sejawat juga ibubapa. Tanyalah mana2 guru yang telah berkecimpung dalam bidang ini sekian lama. Jawapan yang diberikan tetap sama seperti apa yang Acik fikirkan; bukan mudah menjadi guru

p/s: Tribute untuk rakan2 seperjuangan yang tewas di medan pertempuran. Aku tahu ia sukar diterima dan diterjemah akal dengan waras namun percayalah, ada hikmah di sebaliknya.
TAHNIAH!! Untuk mereka yang berjaya ditempatkan di Melaka, Sabah dan Johor. Selamat menjadi guru yang berwibawa~

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

5 Response to episod 18: Siapa kata?

October 10, 2009 at 4:57 PM

erk..ko dapat surat gagal ke? hmm.. saba yek.. di jangka kita mndapat nasib yg sama..tp aku lom dpt surat laie... uhuk..

October 10, 2009 at 5:22 PM

tahniah untuk acik|uyul kerana begitu lantang bersuara membela nasib kaum2 guru...dan bakal guru juge... =)
dan tahniah juge kerana berjaya mendapat tempat di semenanjung malaysia...kalau jauh, haihh, xdapek den nak nolong eh... :P

October 10, 2009 at 6:09 PM

merr,
bukan saya. ada insan2 yang saya sangat kasihani. oh! saya sedaya upaya cuba mencari jalan membantu beliaw tapi harus bagaimana??

nuruddin | Ray,
bila saya fikir2, jauh pon ade faedahnya. elaun seberang laut banyak ma..dari tiada tempat?? mungkin ia lebey baek~

October 11, 2009 at 2:09 AM

chikgu dapat mane posting?

October 11, 2009 at 7:05 AM

fatin nazihah ashari,
hohoho :D
chikgu dapat selangor darul ehsan, syg~
(^^)